Pelakon Wanna Ali menegaskan wanita perlu berdikari dan memiliki sumber pendapatan sendiri walaupun sudah berumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Beri Izin Wanna Ali Terus Berlakon, Letak Syarat Tak Boleh Bawa Watak Bersentuhan Berlebihan
Artikel Berkaitan: Wanna Ali Sah Bergelar Isteri, Terima Mas Kahwin 10 Dinar Emas & Sebentuk Cincin
Wanita perlu berdikari

Ketika ditemui , Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali menyifatkan bukan satu kesalahan bagi seorang wanita untuk menetapkan kriteria tersendiri dalam memilih pasangan hidup.
Tambah Wanna, dia memahami keputusan kebanyakan individu yang mencari suami ‘provider’ terutama bagi wanita yang menyara keluarganya semasa bujang.
Saya melihat ia sebagai sesuatu yang buruk apabila wanita yang sudah berdikari dan menyara diri mahukan seorang lelaki yang mampu menyara dirinya pula.
Jika saya mahu berkahwin, tidak logik sekiranya saya pula yang perlu menyara suami.
Wanna berkata demikian ketika ditemui pada konsert minggu ke-10 GV12 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Sukar dapat suami ‘provider’

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Bukan Sekadar Lafaz berpendapat sukar untuk menjumpai lelaki yang bertanggungjawab menyara keluarga sepenuhnya.
Memang sukar nak cari lelaki provider yang boleh menyara pasangan.
Saya rasa lelaki yang benar-benar baik pada zaman sekarang sudah pupus.
Goodluck kepada wanita di luar sana kerana hakikatnya memang tidak mudah.
Bila isu ini timbul, ada reaksi yang mempersoalkan apa wanita boleh sediakan buat keluarga.
Sedangkan dalam agama sudah jelas bahawa lelaki bertanggungjawab menyediakan nafkah.
Terdahulu, Wanna dan Khairul selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup pada 9 Februari lalu.
The post ‘Memang Susah Nak Cari Lelaki Provider, Good Luck Kepada Wanita Di Luar Sana’ – Wanna Ali first appeared on OHBULAN!.





