Pengacara dan penceramah motivasi Amin Idris, berkongsi pandangannya tentang sikap segelintir ibu bapa berhubung isu buli yang melibatkan anak-anak mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Terus Hukum Lapan Rakaat Bukan Tarawih’ – Amin Idris
Pandangan Amin

Menerusi hantaran di Threads, Amin mendakwa terdapat segelintir ibu bapa yang bertindak mempertahankan anak meskipun mereka melakukan kesalahan.
Pendidikan bermula di rumah. Banyak kes bila anak buat salah, ibu bapa dipanggil. Respon ibu bapa samada tak datang langsung atau defensif kepada anak yang buat salah.
Then ada audacity tuntut kembalikan rotan? Guru tegur anak tak siap kerja rumah pun merentan dalam group WhatsApp, siap ugut SISPAA!
Ya, sekolah kena jadi tempat selamat. Ya, menteri pun ada peranan. Tapi ibu bapa?
Menurut Amin, apabila berlakunya sesuatu kes antara para pelajar, ibu bapa haruslah bertanggungjawab.
Harapnya bila kes bawah umur, budak mungkin terlepas tapi ibu bapa mesti dipertanggungjawabkan.
Dalam pada itu, Amin turut berkongsi pengalaman sendiri apabila berdepan dengan situasi sama.
Tambah Amin, ibu pelajar berkenaan didakwa bersikap acuh tak acuh selepas dimaklumkan tentang kesalahan anaknya.
Saya ada pengalaman anak dibuli mental semasa sekolah rendah.
Bila hubungi ibu budak yang membuli, dia boleh buat tak tahu. Malah disidainya kita.
Nasib baik ayah respon beberapa lama kemudian.
Memang wujud ibu bapa yang samada defensif ataupun ‘denial’ bila anak-anak buat salah dan didapati membuli kawan-kawan.
Sumber: Threads
The post ‘Memang Wujud Ibu Bapa Yang Defensif & Denial Bila Anak Buat Salah’ – Amin Idris first appeared on OHBULAN!.





