29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peguam Asiah Perjelas Tiada Fitnah Dalam Parodi Imran Bard, Pertikai Tindakan Ellie Suriaty Gesa Ibu Bapa Minta Maaf – ‘Dia Bukan Kanak-Kanak’

    Shopee Sale



     

    Seorang peguam yang dikenali sebagai Asiah Abd Jalil  memberikan pandangan dan pendapatnya terhadap permintaan pelakon veteran, Ellie Suriaty yang meminta ibu bapamemohon maaf kepadanya.

    Parodi bukan jenayah

    Menerusi perkongsian di Facebook, Asiah memberikan beberapa ‘point’ penting mengenai kemelut yang sedang berlaku.

    Antaranya, Asiah meluahkan rasa pelik dengan Ellie yang sentap dengan ‘content’ dilakukan Imran sedangkan pempengaruh itu turut menyebut nama beberapa artis yang lain.

    Semua orang tahu itu ‘content’ parodi saja. Dalam video yang lain, Imran Bard sebut nama orang lain juga.

    Cuma Ellie Suriaty sorang yang sentap, aneh.

    Bukan itu sahaja, Asiah menjelaskan bahawa apa yang dilakukan Imran bukanlah satu kesalahan di sisi undang-undang komunikasi Malaysia.

    Komen saya, di bawah Rang Undang Undang (RUU) pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia, parodi bukan satu jenayah.

    Tiada unsur fitnah

    Mengulas lanjut mengenai Ellie yang mahu melakukan saman fitnah terhadap Imran, Asiah berpendapat bahawa ‘content’ yang dilakukan Imran tiada unsur fitnah.

    Tiada apa yang fitnah dalam video parodi tersebut.  Semua orang tahu, Ellie Suriaty bukan penyanyi, bukan peserta rancangan realiti nyanyian.

    Imran Bard hanya buat ‘content’ santai untuk hiburan semata-mata.

    Di akhir perkongsian, peguam itu turut mempertikai tindakan Ellie yang meminta ibu bapa Imran untuk membuat permohonan maaf.

    MENARIK:  Noor Nabila Adakan Majlis Tahlil Untuk Arwah Bapa Sharnaaz – ‘Jadikanlah Syurga Sebagai Ganti Tempat Tinggalnya’

    Jelas Asiah, ibu bapa kepada Imran pempengaruh itu tidak boleh terpalit memandangkan pempengaruh itu bukan lagi kanak-kanak.

    Imran Bard bukan kanak-kanak. Di bawah undang-undang, kesalahan Imran Bard (jika ada) tidak boleh dipalitkan kepada ibu bapa.

    Ellie Suriaty tiada hak untuk buat ‘demand’ begitu.

    Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran pada petang Khamis.

    Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.

    Ketika bertemu media, Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah