26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Noor Nabila Adakan Majlis Tahlil Untuk Arwah Bapa Sharnaaz – ‘Jadikanlah Syurga Sebagai Ganti Tempat Tinggalnya’

    Shopee Sale



    Usahawan, Noor Nabila mengadakan majlis tahlil untuk arwah bekas bapa mentuanya iaitu Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.

    Majlis tahlil

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Nabila atau nama lengkapnya Noor Nabila Mohd Noor mengadakan majlis tersebut di kediamannya.

    Dalam masa yang sama, kakak kepada usahawan dan selebriti Noor Neelofa itu juga turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni arwah serta menempatkan rohnya di dalam kalangan orang-orang yang beriman.

    Tahlil untuk papa.

    Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah kematian dia.

    Muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.

    Berbahagialah papa di alam sana.

    Sharnaaz ucap terima kasih

    Sementara itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut mengulang siar (repost) hantaran tersebut di Instagram miliknya dengan mengucapkan terima kasih kepada Nabila.

    MENARIK:  Shila Amzah Kembali Mengalami Serangan 'Anxiety' Semasa Hamil yang Menyebabkan Beliau Enggan Keluar Rumah dan Bertemu Orang Lain

    Terdahulu, Sharnaaz menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir 1.40 pagi, pada Rabu.

    Jenazah akan disolatkan di Masjid Syed Eyusof, George Town selepas Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah