29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Watie Hanifiah Dedah ‘Offer’ Diri Urus Anak Tiri Sebelum Kahwin – ‘Saya Nak Tahu Mampu Ke Tidak’

    Shopee Sale

    Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah berkongsi momen ketika mempersiapkan dirinya untuk menggalas peranan sebagai ibu tiri kepada empat orang cahaya mata.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Kongsi Cerita Sebenar Di Sebalik Nama Anak – ‘Asalnya Dipilih Hanya Juwita’

    MENARIK:  #OBCallingFoodies: Datang Lapar Balik Kenyang! Burger Festival 2025 Syurga Untuk Kaki Makan

    Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Bukan Mummy Yang Melahirkan…’ – Watie Hanifiah Titip Ucapan Menyentuh Hati Sempena Hari Lahir Thalita

    Uruskan anak tiri

    " data-video-id="7656625226259631381" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @thecornersisters

    Bersama Watie Hanifiah isteri kepada Shuib, dimana dia kongsikan perjalanan kehidupan dia sebelum berkahwin dengan si suami 😍❤ . Banyak juga kisah & perjalanan mereka lalui, yang pasti jangan lupa 1/7/2026 di YT The Corner Sisters ✅ #fyp #fypシ゚ #malaysia #watiehanifiah #shuibsepahtu

    ♬ kembali pulang suara kayu piano – Lyn 🤍

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah memaklumkan dia menawarkan diri untuk menguruskan anak-anak tiri memandangkan Shuib ketika itu kerap berada di luar kawasan atas urusan kerja.

    Menurut Watie, dia akan keluar rumah seawal jam 5 pagi berikutan jarak kediamannya yang agak jauh.

    Lepas dia (Shuib) dah bawa kenal anak dan mak dia, saya terus tawarkan diri untuk uruskan anak-anak.

    Masa itu dia kerja radio, banyak kena outstation.

    Saya lah ambil anak. Daripada rumah, saya kena keluar pukul 5:00 pagi. Lepas Shuib pergi kerja, saya datang rumah untuk uruskan anak-anak.

    Tambah Watie, inisiatif itu diambil bagi menguji sejauh mana kemampuannya menguruskan anak-anak tiri sebelum sah bergelar isteri kepada pelawak berusia 41 tahun itu.

    Siapkan dan mandikan semua. Ambil dan hantar mereka pergi sekolah. Bayangkan daripada Mont Kiara ke Cyberjaya.

    Saya buat semua itu sebab saya nak tahu jika suatu hari nanti saya akan putus atas, saya nak tahu kemampuan saya sampai mana.

    Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.

    Hasil perkahwinan, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 Aprill.

    Sumber: TikTok @TheCornerSisters

    The post [VIDEO] Watie Hanifiah Dedah ‘Offer’ Diri Urus Anak Tiri Sebelum Kahwin – ‘Saya Nak Tahu Mampu Ke Tidak’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah