32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pantang Larang Dalam Islam, Kenapa Tak Boleh Tiup Makanan & Minuman Panas?

    Shopee Sale

    Islam merupakan agama yang menetapkan syariat serta panduan dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk adab seharian seperti dalam hal meniup makanan dan minuman panas.

    Artikel Berkaitan: Mak-Mak Dilema Anak Menangis Waktu Solat Tapi Boleh Ke Berhenti Separuh Jalan? Ini Penjelasannya

    Artikel Berkaitan: Trend ’67’ Di TikTok: Sekadar Jenaka Atau Ritual Keagamaan?

    Hukumnya makruh tanzih

    Perbincangan mengenai hukum meniup makanan dan minuman daripada hadis Rasulullah S.A.W. dan Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Baginda melarang perbuatan bernafas dan meniup ke dalam makanan atau minuman.

    Rasulullah S.A.W. melarang seseorang menghembuskan nafas atau meniup ke dalam makanan atau minuman.

    Majoriti ulama bersepakat bahawa meniup makanan atau minuman hukumnya makruh tanzih, iaitu perbuatan yang tidak disukai dalam Islam tetapi tidak berdosa jika dilakukan.

    Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa larangan tersebut bertujuan mengelakkan makanan dan minuman daripada tercemar akibat air liur, bau nafas atau sesuatu yang keluar dari mulut dan hidung, yang boleh menimbulkan rasa jijik.

    Perkara ini turut dikuatkan oleh penjelasan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani yang menyatakan bahawa perbuatan meniup minuman adalah lebih buruk berbanding sekadar bernafas di dalam bekas.

    MENARIK:  [VIDEO] Wanita Teruja Dapat Bergambar Bersama Fattah Amin, Netizen Komen – ‘Tunggu Ja, Dia Akan Jadi Kegilaan Wanita Semula Nanti’

    Walau bagaimanapun, sebahagian ulama berpendapat bahawa seseorang disarankan bersabar sehingga hidangan itu menjadi sejuk.

    Tidak makruh untuk sejukkan hidangan

    Selain itu, Imam al-Syaukani juga menegaskan bahawa meniup makanan boleh menyebabkan air liur keluar dan mencemarkan hidangan, di samping mencerminkan sikap tergesa-gesa dan kurang sabar.

    Rasulullah S.A.W. tidak menyukai sikap tergesa-gesa dan Baginda bersabda bahawa larangan meniup makanan dan minuman bukan sekadar hukum, malah mengandungi hikmah akhlak dan kesihatan.

    Bersikap tenang itu daripada Allah, manakala tergesa-gesa itu daripada syaitan.

    Dalam konteks sosial, Ibn Batthal menjelaskan bahawa hukum meniup atau bernafas dalam bekas minuman boleh berubah bergantung kepada keadaan orang yang berkongsi.

    Seandainya individu tersebut tidak merasa jijik atau tidak keberatan, perbuatan itu dihukumkan sebagai harus.

    Dari sudut penetapan hukum pula, majoriti ulama bersepakat bahawa larangan meniup dan bernafas dalam bekas makanan dan minuman membawa kepada hukum makruh, bukan haram.

    Sumber: Orami, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

    The post Pantang Larang Dalam Islam, Kenapa Tak Boleh Tiup Makanan & Minuman Panas? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah