Penyanyi dan pengacara, Ceddy Ang akui masih mempunyai banyak kekurangan dalam bidang nyanyian meskipun sudah beberapa tahun mengikuti latihan vokal.
Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Jawab Dakwaan Masyarakat Cina Tak Bersuara Isu Kemalangan Pemandu BYD – ‘Salah Tetap Salah’
Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Terkilan Layanan Biadab Pekerja Restoran, Nafi Buat Gimik – ‘Pemilik Dah Hubungi Saya & Minta Maaf’
Hanya sebagai penghibur

Ceddy, 38, menjelaskan bahawa dia hanya mahu menjadi seorang penghibur dan tidak pernah menganggap dirinya setaraf dengan penyanyi hebat yang memiliki kemampuan vokal luar biasa.
Malah, Ceddy turut menyedari keterbatasan vokalnya meskipun sudah mengikuti kelas vokal selama empat tahun.
Bila saya mula karier menyanyi, saya hanya berniat nak jadi penghibur.
Saya tahu saya lemah menyanyi. Saya tidak akan pernah sama dengan penyanyi Syamel.
Saya belajar vokal untuk tiga ke empat tahun tapi saya belum di peringkat yang boleh nyanyi macam penyanyi-penyanyi hebat.
Ceddy berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Show Dalam Bilik.
Dalam pada itu, Ceddy percaya setiap individu berhak mencuba sesuatu perkara tanpa perlu dihalang oleh pandangan orang lain.
Tapi awak tak boleh halang sesiapa untuk mencuba. Perkara itu tak beri apa-apa risiko pun, biar saja lah orang nak cuba.
Kalau awak tak suka, awak boleh skip.
Sementara itu, Ceddy Ang tercalon sebagai Top 15 kategori Content Creator Paling Viral di Paling Viral Online 2.0.
Selain Ceddy, kategori Content Creator Paling Viral turut menampilkan Amin & Abid, Sam Lim & Parissa, Minyak Hitam Jalanan, Abewee, Madnor, Vokey, Space Dollah, Sir Badang, Mr Pov, Farah Deluna, Aminahtul, Nurnisa Omar, Crystal Dietitian dan Zack Kirana.
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post OBPVO2.0: Ceddy Ang Tak Pernah Anggap Diri Penyanyi Hebat – ‘Awak Tak Boleh Halang Sesiapa Untuk Mencuba’ first appeared on OHBULAN!.





