Pempengaruh Marissa Dania mencuri perhatian apabila membalas ciapan seorang individu yang menyentuh hubungannya dengan ibu sendiri, Abby Abadi.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Akan Pernah Lupa Mengapa Saya Pilih Untuk Pergi’ – Marissa Dania
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Tak Halang Marissa Dania Kahwin Lagi, Mahu Menantu Bertanggungjawab – ‘Saya Nak Yang Terbaik Untuk Dia’
Netizen nasihat jumpa ustaz

Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan mempersoalkan hubungan Abby Abadi dengan anak-anaknya selain meminta seorang ustaz memeriksa keadaan mereka.
Malah, individu itu turut melabelkan anak-anak Abby sebagai derhaka kerana didakwa mengetepikan ibu sendiri.
Boleh ke para ustaz tengokkan anak-anak Abby Abadi.
Pelik tengok mereka ketepikan mak sendiri. Dari yang perempuan sampai anak lelaki, semua derhaka.
Tidak berdiam diri, Marissa kemudian membalas ciapan tersebut dengan respons ringkas yang seolah-olah menyindir kenyataan individu berkenaan.
Lebih sudu daripada kuah.
Imbas kembali, hubungan Marissa dan Abby sebelum ini sentiasa menjadi perhatian ramai susulan beberapa isu keluarga yang mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.
Malah, konflik antara mereka sering mendapat perhatian apabila Abby beberapa kali berkongsi luahan berkaitan anak-anaknya di media sosial.
Sumber: Threads
The post Marissa Dania Tempelak Individu Sentuh Hubungan Dengan Abby Abadi – ‘Lebih Sudu Daripada Kuah’ first appeared on OHBULAN!.





