29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Janna Nick Minta Peniaga Elak Guna Gambar AI Promosi Pakaian – ‘Kita Nak Tengok Material Sebenar’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Janna Nick memberikan pandangannya mengenai penggunaan gambar kecerdasan buatan (AI) oleh peniaga dalam talian yang menjual pakaian.

    Artikel Berkaitan: Cara Janna Nick Buat ‘Review Fine Dining’ Ditegur – ‘Bukan Macam Itu Nak Buat Ulasan Makanan’

    Artikel Berkaitan: Janna Nick Lepas ‘Craving’ Makan Burger Tepi Jalan Sebelum Balik London – ‘Rasa Dia Luar Biasa’

    Jangan guna gambar AI

    Menerusi perkongsian di Threads, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meminta peniaga supaya tidak menggunakan gambar AI untuk mempromosikan barangan mereka.

    Menurutnya, keadaan itu menyukarkan pelanggan menilai produk dan membuat pilihan sebelum pembelian.

    Boleh tak peniaga yang jual baju kurung atau baju raya secara dalam talian, tolong jangan guna AI untuk gambar.

    Sebab kita nak tengok material kain yang sebenar, potongan, tekstur dan macam mana baju itu jatuh bila dipakai.

    Dalam pada itu, pelakon drama Selamat Pengantin Haru itu berpendapat peniaga tidak semestinya perlu menggunakan model untuk memperagakan pakaian.

    MENARIK:  Bella Astillah Mengakui Memanfaatkan Muaz Zabir Ketika Aliff Aziz Tidak Setia kepada Dua Wanita - Tujuannya Hanya Untuk Membuat Suami Cemburu

    Sebaliknya, cukup sekadar memaparkan gambar produk sebenar tanpa menggunakan AI untuk menjadikannya kelihatan lebih cantik.

    Kalau tidak mampu guna model pun tidak mengapa, asalkan gambar produk itu jelas. Tidak perlu AI untuk cantikkan atau kemaskan gambar sampai material sebenar pun tidak nampak.

    Rasa macam tidak puas nak tengok, lagi-lagi bila nak beli baju secara dalam talian.

    Sumber: Threads

    The post Janna Nick Minta Peniaga Elak Guna Gambar AI Promosi Pakaian – ‘Kita Nak Tengok Material Sebenar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah