Kalau korang suka tengok gelagat selebriti di dapur, rancangan Karok Dapur di TV3 mungkin boleh masuk dalam senarai tontonan hujung minggu!
Menampilkan lapan selebriti termasuk Ryan Bakery, Ara Johari, Joey Daud, Syamel, Sufian Suhaimi, Zulin Aziz, Sarah Suhairi dan Nadia Brian, rancangan realiti ini menggabungkan dua perkara yang nampak mudah tetapi boleh jadi mencabar, iaitu memasak dan menyanyi!
Lebih mencuit hati, peserta bukan sahaja perlu menyediakan hidangan mengikut cabaran yang diberikan, malah perlu menunjukkan kemampuan vokal masing-masing. Program ini dihoskan oleh Rozita Che Wan, dengan Dato’ Chef Ismail sebagai juri masakan dan Haqiem Rusli menilai persembahan nyanyian.
Menariknya, kemeriahan Karok Dapur bukan terhenti di kaca televisyen sahaja. Menerusi kempen terbaharu BABA’S, orang ramai turut berpeluang memenangi pengalaman eksklusif bersama selebriti dengan hanya berkongsi hasil masakan.
View this post on Instagram
BABA’S jadi pilihan tiga generasi, kualiti produk terus diutamakan
Ditubuhkan pada 1977 di Selayang, Selangor, BABA’S sudah menjadi antara jenama rempah yang dekat dengan kehidupan masyarakat tempatan.
Daripada generasi nenek, ibu hinggalah anak muda hari ini, produk BABA’S terus digunakan untuk menyediakan pelbagai hidangan kegemaran keluarga.
Selain serbuk kari, BABA’S turut menawarkan rangkaian rempah, tepung dan produk pra-campuran menggunakan bahan-bahan premium dari seluruh dunia.
Menariknya, serbuk kari BABA’S merupakan produk vegetarian yang dihasilkan tanpa bahan tambahan makanan, pengawet, pewarna, penambah perisa dan MSG.
Bagi yang baru belajar memasak, korang juga boleh mendapatkan inspirasi resipi dengan mengimbas kod QR pada bahagian belakang pek produk tertentu atau melayari saluran YouTube rasmi BABA’S.
Beli produk BABA’S RM15 & berpeluang masak bersama selebriti!
Menerusi peraduan Karok Dapur, dua orang pemenang bakal dipilih untuk menikmati sesi memasak bersama selebriti selain berpeluang menyertai sesi meet and greet.
Nak sertai? Korang hanya perlu:
- Beli produk BABA’S bernilai minimum RM15 dalam satu pembelian, khusus untuk Serbuk Kari Daging atau Serbuk Kari Ikan.
- Pembelian boleh dibuat di mana-mana outlet fizikal atau menerusi platform e-dagang rasmi di www.babas.com.my.
- Simpan resit pembelian bercetak sebagai bukti. Resit tulisan tangan tidak diterima.
- Sediakan hidangan menggunakan produk BABA’S.
- Kongsikan gambar hidangan bersama foto produk BABA’S sebagai penyertaan.
Jadi, kalau korang memang suka mencuba resipi baharu atau rajin memasak untuk keluarga, apa kata rebut peluang ini?
Mana tahu, air tangan korang menjadi tiket untuk merasai pengalaman memasak bersama selebriti menerusi Karok Dapur BABA’S!
The post Dari Dapur Nenek Ke Generasi Kini, BABA’S Tampil Dengan Kempen Karok Dapur! first appeared on OHBULAN!.





