28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uyaina Arshad Akui Takut Nak Bersalin, Perut Bakal Dibedah Kali Ketiga – ‘Rasa Macam Nak Pergi Berperang’

    Shopee Sale

    Pengacara dan personaliti televisyen, Uyaina Arshad meluahkan rasa gerun apabila memikirkan keadaan bersalin yang kini merupakan kali ketiga perutnya bakal dibedah melalui proses pembedahan Caesar atau C-section.

    Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Undur Diri Dari Wanita Hari Ini Selepas 9 Tahun – ‘Tak Ada Sengketa, Sudah Tiba Masanya’

    Artikel Berkaitan: Jadi Bahan Kutukan, Uyaina Arshad Tidak Berdiam Diri – ‘Ini Adalah Buli Siber & Ia Tidak Okay’

    Kali ketiga perut dibedah

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, dilihat mengimbas kembali momen melahirkan anak pertama dan kedua.

    Ujar Uyaina, perasaan ketika itu sama seperti pergi berperang.

    Bila duduk sorang-sorang, teringat ketakutan nak bersalin.

    Saya dah dua kali caesar. Pertama sebab kecemasan dan kedua sebab dah rancang, sama seperti yang ketiga.

    Tiga kali perut akan dibedah.

    Bila ditolak atas katil, itu adalah momen tawakal paling tinggi untuk saya. Rasa macam nak pergi berperang.

    Ketakutan bersalin

    Dalam pada itu, Uyaina berpendapat setiap cara yang digunakan bagi proses bersalin merupakan momen yang merisikokan bagi ibu mahupun bayi.

    MENARIK:  ‘Kalau Dulu Saya Menangis, Sekarang Block Supaya Tak Ada Vibe Negatif’ – Ozlynn

    Ujarnya lanjut, dia hanya mampu berdoa agar segalanya berjalan lancar.

    Bersalin ini, tak kisah cara normal atau bedah, ianya 50/50.

    Dan ketakutan itu adalah benar.

    Hanya mampu berdoa dan berserah semoga segalanya berjalan lancar.

    Itu saja yang boleh dilakukan.

    Sumber: Threads @uyainaarshad

    The post Uyaina Arshad Akui Takut Nak Bersalin, Perut Bakal Dibedah Kali Ketiga – ‘Rasa Macam Nak Pergi Berperang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah