26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nur Izzara Penyeri Rumah Tangga Alyah & Ramli MS – ‘Engkaulah Perancang Terbaik’

    Shopee Sale



    Datuk Ramli MS dan Datin Alyah

    Pasangan selebriti Datuk Ramli MS dan Datin Alyah mengumumkan sudah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Izzara.

    Umum anak angkat

    Datuk Ramli MS dan Datin Alyah

    Berita gembira itu dikongsikan oleh Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menerusi hantaran di Instagram miliknya.

    Nur Izzara hadir dalam hidup kami tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hambamu.

    Terima kasih buat abang Ajis dan kak Chik sekeluarga. Menguruskan segala-galanya untuk majlis aqiqah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.

    Pada hantaran sama, pelantun lagu Kisah Hati itu turut menulis satu coretan istimewa buat anak angkatnya.

    Sementara itu, Alyah turut mengingatkan dirinya bahawa tiada manusia yang mampu melawan takdir dan aturan yang sudah ditetapkan Ilahi.

    Peringatan untuk saya, walaupun di handphone ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya, tetapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah yang maha hebat dan maha kasih.

    Imbas kembali, Alyah dan Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.

    MENARIK:  [VIDEO] Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad Sudah Berdamai

    Sebelum ini, Alyah memberitahu dia pernah menjalani rawatan IVF sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah