
Persengketaan melibatkan pelakon, Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad sudah berakhir selepas kedua pelakon itu dilihat sudah berdamai pada Jumaat.
Dah berdamai
Menerusi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @myliyaaaa memuat naik rakaman video sesi siaran langsung antara dua pelakon tersebut.
Ketika sesi siaran langsung, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz meminta orang ramai untuk berhenti dari terus menjadi batu api dan melagakan mereka berdua.
Okay korang, dah tengok depan mata macam mana saya dengan Sharnaaz. Settle kan?
Jadi saya harap pada yang dah ‘upload’ video (batu api) tarik balik dan tak perlu panjang-panjangkan cerita.
Sementara itu, Sharnaaz turut menyuarakan pendapat yang sama seperti Aaron.
Kami berdua ada kerjaya dan keluarga untuk diteruskan.
Terima kasih juga kepada yang ‘upload’ sebelum ini sebabkan video anda itulah yang membantu menyelesaikan persengkataan kami ini.
Tetapi sudah-sudah dan cukuplah. (Sengketa) kami pun dah selesai dan tak perlulah jadi batu api untuk panjangkan cerita ini.
Ini bukan marketing!
Dalam pada itu, Aaron menafikan sekeras-kerasnya selepas ada yang mendakwa pergaduhannya bersama Sharnaaz adalah satu bentuk marketing.
Marketing? Ini bukan marketing guys, bukan.
Korang ingat kami ada masa ke nak buat marketing macam ini?
Cuma yang penting kami dah selesai dengan cara yang elok. Benda yang dah lepas itu, lepaslah.
Di akhir video, pelakon filem ‘KL Gangster’ itu memaklumkan tiada guna untuk dirinya dan Sharnaaz memanjangkan persengkataan kerana berada dalam industri yang sama.
Kami ini jiran ja sebenarnya dan pergi mana-mana pun mesti akan berjumpa juga.
Buat apa kita nak gaduh-gaduh. Kalau orang lain tengok, lagi diaorang tepuk tangan ja.
Terdahulu, Aaron mencuri perhatian apabila meluahkan rasa berang terhadap Sharnaaz yang didakwa telah bercakap buruk mengenai dirinya ketika satu sesi siaran langsung di TikTok.
Perselisihan faham antara mereka itu dipercayai mula tercetus sewaktu menjalani penggambaran filem terbaharu arahan Syamsul Yusod yang bertajuk ‘Original Gangster’.





