30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nubhan Tidak Ambil Hati Dengan Gurauan Isu Perceraian Dibuat Nabil Ahmad & Sherry – ‘Susah Nak Cakap’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan usahawan, Nubhan berkongsi tidak berkecil hati dengan gurauan yang dibuat oleh hos Gegar Vaganza musim ke-12, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad berhubung isu perceraiannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Pilih Sewa Rumah Di Dengkil, Enggan Anak-Anak Lihat Pertengkaran Dengan Dr Afifah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Wanita Itu Sekampung Dengan Saya, Lebih 20 Tahun Kenal’ – Nubhan Tepis Dakwaan Wujud Orang Ketiga

    Tak fikir

    Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Nubhan Ahamad, 39, mengakui tidak memikirkan dan memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap persembahannya.

    Malah, dia menyerahkannya kepada penerimaan orang ramai.

    Susah nak saya nak cakap tentang perkara macam itu sebab ia bergantung kepada penerimaan orang.

    Lawak itu bukan daripada saya, tetapi saya harap penerimaan orang itulah. Harap tidak negatif.

    Bagi saya, memang fikir nak menyanyi saja dan melayan rasa gelisah.

    Nubhan berkata demikian ketika ditemui selepas selesai konsert minggu pertama GV12 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

    MENARIK:  ‘Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh & Bukanlah Penamat Segalanya’ – Emma Maembong

    Kata pelantun lagu Kekasih Untukku itu, fokus utamanya kini hanya pada persembahan yang dilakukan di hadapan juri dan bukannya perkara peribadi.

    Saya cuba fokus pada persembahan saya. Semasa saya berada di belakang pentas, fikiran saya memang ‘blank’, otak tidak berfungsi dan saya juga jadi ‘blur’.

    Saya memang tidak tahu apa yang mereka buat di hadapan pentas. Saya cuma nak menyampaikan lagu saya dengan baik itu saja.

    Sebelum ini, Nabil dan Sherry membuat lawak mengatakan Nubhan bakal bergelar duda dan kini sedang mencari pengganti.

    The post Nubhan Tidak Ambil Hati Dengan Gurauan Isu Perceraian Dibuat Nabil Ahmad & Sherry – ‘Susah Nak Cakap’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah