Penyanyi Noryn Aziz, kini muncul dengan buah tangan terbaharu iaitu single berjudul ‘Kaki Kiriku’ serta bakal mengadakan showcase dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Noryn Aziz Terkilan Pihak Tak Bertanggungjawab Reka Kisah Peribadi Di YouTube – ‘Cerita Itu Salah, Jangan Menipu Orang’
Artikel Berkaitan: Suara Menjadi Serak & Hampir Hilang, Noryn Aziz Terpaksa Ambil Steroid
Showcase Noryn
View this post on Instagram
Noryn atau nama lengkapnya, Norazmahwati Abdul Aziz, 48, memaklumkan bahawa showcase This Is Noryn Aziz yang bakal diadakan pada 19 September ini adalah hasil daripada simpanannya sendiri yang mencecah kira-kira enam angka.
Boleh dikatakan penganjuran This Is Noryn Aziz sesuatu yang sangat peribadi dan membuatkan saya mahu memperincikan showcase ini sebaik mungkin agar meninggalkan momen abadi buat khalayak.
Kalau sebut modal, tiada dana atau tajaan sebab projek ini dimulakan beberapa bulan lalu. Bila kita sudah nekad selain memang saya ada buat simpanan untuk showcase ini..jadi kita jalan sahaja.
Malam itu nanti menjadi refleksi kisah perjalanan hidup dan seni saya selain penghormatan kepada cinta, warisan dan segala-gala yang menjadikan saya seperti hari ini.
Bercerita lanjut, penyanyi dan juga guru vokal ini juga berkata, Auditorium DBKL dipilih sebagai tempat showcase tersebut berlangsung adalah kerana dia mahu mengadakan persembahan yang lebih dekat dengan penonton.
Saya orangnya suka dekat dengan penonton, bercerita dan ingin karya dendangan terus melekat di sanubari membuatkan saya pilih auditorium ini yang boleh memuatkan 500 penonton.
Saya ingin merealisasikan This Is Noryn Aziz kerana mahu bawa muzik jazz keluar dari ‘rumah’ yang dianggap ekslusif untuk golongan tertentu.
Single baharu
Dalam pada itu, Noryn menyifatkan lagu ‘Kaki Kiriku’ sebagai sebuah single yang unik kerana mempunyai elemen menarik dengan rentak jazz yang ‘catchy’ serta penggunaan ‘tougue twister’ pada lirik.
Pertama kali mendengar melodinya yang rancak dengan gabungan joget tradisional, jazz klasik dan Parisian jazz buat saya jatuh hati dan seni kata pula sangat unik.
Menurut Noryn, lagu karya ciptaan Reza Salleh dan Hin Ee Jeng itu diharapkan dapat meraih perhatian ramai terutama generasi muda.
Kaki Kiriku juga mengikuti arus semasa yang saya yakin mampu menarik perhatian peminat muzik terutama Gen Z dan diharap jadi trend di TikTok.
Ramai tersasul apabila menyebut lirik ‘Kakakku kata kuku kakiku kaku, ku kikis kikis kuku kaki kiriku’. Inilah yang dikatakan permainan lidah dan buatkan single ini lebih istimewa.
Untuk info, tiket This Is Noryn Aziz Showcase boleh dibeli menerusi
The post Noryn Aziz Sanggup Guna Tabungan Sendiri Demi Realisasikan Showcase – ‘Ia Jadi Refleksi Kisah Perjalanan Hidup & Seni’ first appeared on OHBULAN!.





