30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Noraniza Idris Tak Pernah Fikir Gelaran Datuk – ‘Ada Orang, Murah Rezeki Dia’

    Shopee Sale



    Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan dirinya tidak pernah berharap untuk meraih gelaran Datuk meskipun sudah hampir 30 tahun berkecimpung di dalam industri seni tanah air.

    ‘Ini semua rezeki’

    Ketika ditemui , Noraniza, 56 juga menyifatkan penganugerahan bagi gelaran itu sebagai rezeki daripada Allah SWT.

    Sebenarnya saya tak pernah fikir mengenai itu dan semua itu saya letakkan ia sebagai rezeki. Ada orang, murah rezeki dia kan?

    Dan pengiktirafan ini adalah atas perakuan, bukan atas sebab kita menonjol ke apa.

    Kalau orang nampak dan suka, mungkin kita diangkat cepat dan pada saya, cepat atau lambat itu semua adalah rezeki.

    Macam konsert, setiap tahun saya nak buat tetapi selepas 30 tahun dalam industri baru dapat buat satu. Jadi ia sama dengan pengiktirafan daripada mana-mana pihak.

    Noraniza berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Keretapi Sarong 2024 yang diadakan di TGV Pavillion Bukit Jalil pada Selasa.

    Jangan pertikai rezeki orang

    Sementara itu, pelantun lagu ‘Hati Kama’ meminta orang ramai untuk tidak mempertikai gelaran Datuk yang diperoleh mana-mana artis kerana itu adalah rezeki mereka.

    Itu mungkin rezeki mereka dan pada saya, saya suka tengok mana-mana artis yang dapat sebab saya rasa mereka bagus.

    Saya tak pernah fikir perkara yang sebaliknya, tetapi saya selalu lihat pencapaian seseorang dalam industri dan sejauh mana mereka bawa kerjaya tersebut.

    Ia berbalik pada rezeki, jadi kita jangan pertikai rezeki Allah.

    Sekadar info, Noraniza bakal membuat penampilan istimewa sewaktu program Keretapi Sarong yang bakal berlangsung pada 14 September ini di sekitar Lembah Klang.

    MENARIK:  Amyra Rosli Kongsi Amar Baharin Sudah Ada Hobi Baru – ‘Tanam Sayur, Mungkin Dia Rasa Dunia Sekarang Perlu Berjimat’

    Selain acara utama di Lembah Klang, flash mob juga akan diadakan serentak di enam lokasi terpilih seperti Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Bukit Mertajam dan Alor Setar.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah