Tidak lagi mengayuh basikal, pelakon dan pengacara, Amyra Rosli berkongsi suaminya, Amar Baharin kini memiliki hobi baru iaitu menanam sayur-sayuran di halaman rumah.
Artikel Berkaitan: ‘Tenang, Sederhana & Penuh Kasih’ – Amyra Rosli & Amar Baharin Ikon Keluarga Ideal
Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Hidang Air Sedap Setiap Kali Bergaduh Dengan Amar Baharin – ‘Kena Pandai Ambil Hati, Rendahkan Ego’
Hobi baru

Ketika ditemui , Amyra berkata Amar mula menceburi hobi itu sebagai persediaan awal untuk menghadapi cabaran ekonomi pada masa akan datang.
Malah, Amyra meluahkan rasa gembira apabila Amar mempunyai hobi yang tidak memerlukannya keluar dari rumah.
Mungkin dia rasa dunia sekarang memerlukan kita untuk berjimat cermat, jadi dia ada hobi baru menanam sayur-sayuran. Bagus juga sebab selain ada hasil, dia pun duduk di rumah sahaja.
Saya suka bila suami saya ada hobi begini, hidup dia nampak gembira. Inilah cara dia untuk membahagiakan keluarga, jadi saya tumpang gembira.
Setakat ini baru suku kawasan rumah tanaman itu dan dia gunakan sistem hidroponik. Ada macam-macam sayuran yang dia tanam antaranya pegaga, bendi, kobis, ulam raja dan macam-macam lagi.
Ketika ditanya sama ada suaminya berhasrat untuk sekali lagi melakukan misi berbasikal ke Mekah seperti tahun lalu, Amyra memaklumkan bahawa buat masa ini, tiada sebarang perancangan ke arah itu.
Berbasikal itu masih lagi menjadi hobinya, tapi tak ada perancangan nak pergi Madinah macam tahun lalu. Sebab Amar pun sedar dengan keadaan dunia sekarang.
Sementara itu, Amyra menzahirkan rasa syukur apabila drama terbaharunya, Khianat Yang Terpilih mendapat sambutan tempat dalam kalangan penonton.
Secara keseluruhannya, saya rasa puas hati. Saya sendiri suka sangat dengan jalan cerita ini. Tahniah kepada penulis skrip dan pengarah yang banyak membimbing saya membawa watak Waheeda, seorang wanita yang kuat.
Sebelum ini orang nampak Amyra yang lembut-lembut sahaja di TV, tapi hari ini dia membuktikan yang saya boleh mencuba watak lain. Ini juga watak yang saya nanti-nantikan.
The post Amyra Rosli Kongsi Amar Baharin Sudah Ada Hobi Baru – ‘Tanam Sayur, Mungkin Dia Rasa Dunia Sekarang Perlu Berjimat’ first appeared on OHBULAN!.





