30.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Danish Manis Berhijab, Pilih Tutup Komen Instagram

    Shopee Sale



    nora tudung

    Pelakon jelita, Nora Danish menyorot perhatian warganet apabila dia tampil dengan imej bertudung di media sosial.

    Imej baru?

     

    View this post on Instagram

    A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

    Menerusi hantaran terbaharu di Instagram (IG), Nora nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif memuat naik tiga keping foto dia memakai ‘hoodie’ berona kelabu dan mengenakan hijab berwarna hitam.

    Meskipun menutup ruangan komen, namun tinjauan mendapati perkongsian pelakon filem Polis Evo 3 itu dihujani dengan tanda ‘likes’ oleh rakan-rakan artis dan warganet.

    Sebelum ini, ibu kepada dua orang anak tersebut dilihat sering memakai hijab ketika menghadiri majlis ilmu.

    Sekadar info, Nora dan bekas suaminya Nedim Nazri bercerai pada 19 Jun lalu ia susulan pendedahan aktres tersebut berkenaan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.

    Namun, aktres berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Dalam Filem Aku Kena Jatuh Cinta Dengan Nasha Aziz’ – Rosyam Nor

    Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

    Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah