Pelakon Nora Danish kembali menyorot perhatian warganet selepas berkongsi satu video istimewa sempena ulang tahun kelahiran lelaki yang dikaitkan dengannya, Mickey Ayo.
Artikel Berkaitan: Nora Danish & Mickey Ayo Main Tukar-Tukar Hadiah
Artikel Berkaitan: Mickey Ayo Kongsi Foto ‘Selfie’ Dengan Nora Danish, Lagu ‘Surat Hati’ Jadi Petunjuk?
Video istimewa buat Mickey

Menerusi video berdurasi 49 saat yang dimuat naik di Instagram Stories, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, dilihat berkongsi beberapa momen dia dan Mickey meluangkan masa bersama-sama.
Antara momen indah yang dikongsikan dalam video itu termasuklah detik mereka bermain pickleball, menikmati hidangan di restoran, bersantai di tepi pantai dan banyak lagi masa yang diluangkan bersama.
Nora memilih lagu Ordinary nyanyian James Mayor sebagai muzik latar untuk video istimewa itu.
Meskipun tidak menulis sebarang kapsyen romantis, perkongsian berkenaan sudah cukup untuk membuatkan warganet kembali berspekulasi mengenai hubungan yang terjalin antara Nora dan Mickey.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka masih memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung status sebenar hubungan tersebut.
Terdahulu, Nora pernah memuat naik foto bersama seorang lelaki berkopiah bercermin mata, sekali gus menguatkan spekulasi netizen bahawa dirinya sedang rapat dengan seorang duda beranak dua yang dipercayai Mickey Ayo.
Kemudian, tular video Mickey tampil lengkap berbaju Melayu dan sampin menerusi perkongsian sebuah jenama tempatan. Video tersebut turut menampilkan sekeping kad kahwin yang tertera huruf ‘M’ dan ‘N’ serta tarikh 8 September 2025.
Namun, pelakon berusia 43 tahun itu tampil memberi penjelasan bahawa ia hanyalah sebahagian daripada kempen pemasaran sebuah jenama, sekali gus menafikan khabar angin perkahwinan.
Sumber: Instagram Nora Danish
The post Nora Danish Kongsi Video Istimewa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mickey Ayo, Netizen Tumpang Gembira first appeared on OHBULAN!.





