27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Ariffin Dakwa Digelar ‘Su*dal’ Oleh Keluarga Suami, Anak Tiri Tampil Bela Diri – ‘Mungkin Saya Akan Dedahkan Rakaman Maki Hamun Dia’

    Shopee Sale



    Seorang individu yang dipercayai merupakan anak tiri kepada Nora Ariffin menafikan dakwaan kononnya dia menggelar penyanyi itu dengan kata-kata tidak baik.

    Anak tiri Nora bersuara?

    Nora Ariffin

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X, individu yang dikenali sebagai Aya berkongsi kembali kenyataan yang pernah dikeluarkan Nora yang mendakwa dirinya digelar ‘sundal’ oleh keluarga suaminya.

    Susulan daripada itu, Aya tampil membela keluarganya dan menegaskan bahawa mereka tidak pernah memanggil Nora dengan gelaran sedemikian. Individu ini juga mempersoalkan tentang kesahihan kejadian itu termasuk bila dan dimana ianya berlaku.

    Apa yang awak maksudkan dimana dan bila kami ada gelar awak seperti itu? Kenapa tiba-tiba nak libatkan kami, apa yang kami buat?

    Tidak terhenti di situ, Aya turut mendakwa Nora telah beberapa kali cuba memburukkan keluarganya namun selama ini, mereka memilih untuk berdiam diri.

    MENARIK:  Lucinta Luna Akui Takut Mati, Ingin Dikebumikan Sebagai Seorang Lelaki

    Aya juga mendakwa mempunyai bukti seperti rakaman suara yang dipercayai membabitkan tindakan penyanyi itu kepada keluarganya.

    Imbas kembali, pada 12 Ogos lalu, Nora diceraikan oleh bekas suami menerusi video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di Instagram. Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

    Pada September, Nora dan suaminya mengambil keputusan untuk rujuk kembali sebagai suami isteri.

    Untuk rekod, pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik kepada suami pertama Nora, Allahyarham Johan.

    Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

    Dakwa ada bukti rakaman suara

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah