Sempena World Creativity and Innovation Day, Starbucks Malaysia mengumumkan barisan Kopi Creator Kolektif (KCK) Class of 2026, menampilkan 10 bakat kreatif tempatan terdiri daripada lima pemuzik dan lima pembikin filem.
Menariknya, kesemua finalis ini akan mempersembahkan karya original mereka dalam satu showcase khas pada 16 Mei 2026 di Starbucks Reserve® IOI Mall Damansara.
Platform untuk bakat baru berkembang dalam industri
Kopi Creator Kolektif merupakan platform yang diwujudkan oleh Starbucks Malaysia untuk menyokong bakat muda tempatan dengan menghubungkan mereka bersama mentor industri dan komuniti kreatif.
Program ini berteraskan konsep “Third Place” Starbucks iaitu ruang yang bukan sekadar untuk minum kopi, tetapi tempat untuk berhubung, berkongsi idea dan mencipta sesuatu yang baharu.
Menurut Pengarah Pemasaran & Loyalty, Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd, Zakiah Hanim Md Zaki, ruang seperti ini memainkan peranan penting dalam membina komuniti kreatif.
Beliau menyatakan bahawa Starbucks melihat coffeehouse sebagai ruang selesa untuk rakyat Malaysia berhubung, bertukar idea dan menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar, sambil menyokong kisah serta bakat tempatan.
Kafe bukan sekadar tempat lepak

Menariknya, satu kajian tempatan pada tahun 2024 melibatkan 230 pelajar universiti mendapati kafe bukan sekadar tempat makan dan minum.
Sebaliknya, ia turut menjadi ruang untuk bersosial, berbincang, bekerja dan menyiapkan tugasan.
Malah, ramai yang menganggap kafe sebagai “rumah kedua”.
Ini sekaligus menguatkan lagi peranan coffeehouse sebagai ruang komuniti yang boleh menyokong perkembangan bakat kreatif.
Dari idea ke pentas showcase

Sebelum dipilih, artis tempatan telah menghantar idea dan portfolio kreatif mereka melalui open call awal tahun ini.
Daripada situ, panel profesional industri memilih 10 finalis terbaik untuk menyertai program pembangunan khas.
Untuk kategori muzik, program ini dikendalikan oleh Breaking Music yang menyediakan:
- Masterclass tentang identiti jenama diri
- Latihan penulisan lagu original
- Akses studio dan peralatan profesional
Manakala bagi kategori filem, finalis dibimbing oleh Weekend Boys Studio dan Fakulti Seni Sinematik Multimedia University (MMU), dengan fokus kepada pembangunan penceritaan dan produksi dari konsep hingga ke hasil akhir.
Menurut Adam Zainal, mentor kategori filem, platform seperti ini penting kerana ia memberi ruang kepada suara baharu untuk berkembang dan diketengahkan kepada khalayak.
Peluang menang RM10,000 & projek sendiri

Kemuncak program ini adalah showcase pada 16 Mei nanti, di mana:
- Pemuzik akan mempersembahkan sekurang-kurangnya satu lagu original
- Pembikin filem akan menayangkan teaser projek mereka
Pemenang bagi setiap kategori bakal menerima hadiah bernilai RM10,000:
- Pemuzik: peluang merakam EP empat lagu
- Pembikin filem: produksi filem pendek original
Menurut Isaac Ravi, mentor muzik dan pengasas bersama Breaking Music, peluang seperti ini mampu memberi impak besar kepada artis baharu, selain membuka ruang untuk mereka berkembang dalam industri.
Dari muzik ke dunia filem
Kopi Creator Kolektif mula diperkenalkan pada akhir 2025 melalui sesi muzik live di Starbucks, menampilkan 13 bakat tempatan seperti Amanda Imani, An Honest Mistake dan RESORT.
Kini, platform ini diperluaskan untuk turut menyokong pembikin filem, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia menemui dan menyokong bakat tempatan.
Melalui inisiatif ini, Starbucks Malaysia terus menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia mengejar minat, berkarya dan berhubung dengan komuniti.
Kalau nak support bakat tempatan, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke showcase pada 16 Mei nanti.
Untuk info lanjut dan perkembangan terkini, korangboleh follow Instagram rasmi Starbucks Malaysia di @mystarbucks.
The post ‘Kopi Creator Kolektif’ 2026, Platform Sokong Bakat Kreatif Tempatan first appeared on OHBULAN!.





