30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RTM hentikan siaran animasi Cleopatra in Space

    Shopee Sale

    RTM bertindak menghentikan siaran satu siri animasi selepas PAS mengkritiknya kerana didakwa mempromosikan fahaman LGBTQ+.

    Dalam kenyataan dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM memberitahu stesen penyiaran kerajaan itu mengambil maklum pandangan yang dikemukakan berhubung siri animasi Cleopatra in Space.

    Katanya siaran yang dirujuk itu disiarkan stesen TV2 RTM pada jam 9 pagi 18 April dan 19 April lalu.

    “Susulan daripada aduan tersebut, RTM telah menghentikan sepenuhnya siaran siri animasi berkenaan.

    “Pada masa yang sama siasatan dalaman yang menyeluruh turut dijalankan,” katanya.

    Terdahulu Dewan Ulama PAS Pusat mengecam tayangan animasi tersebut dan mempertikaikan kaedah RTM membuat pengundian siaran.

    MENARIK:  ULASAN | Amanah tanding kawasan Melayu untuk tawar naratif baru

    Ketuanya, Ahmad Yahaya, berkata ia bukanlah kali pertama RTM dikesan berbuat demikian kerana tayangan yang memaparkan elemen sebegitu pernah berlaku pada tahun lalu.

    Menurut Jabatan Penyiaran Malaysia, sebagai stesen penyiaran awam negara RTM sentiasa komited dan berpegang teguh kepada prinsip menyediakan kandungan program yang berkualiti, selamat, dan mematuhi sensitiviti masyarakat, agama, serta norma budaya tempatan.

    “RTM merakamkan ucapan terima kasih kepada penonton yang prihatin serta sentiasa

    memberikan maklum balas yang membina demi penambahbaikan mutu siaran kami,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah