30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Noki K-Clique Mahu Keberkatan Rezeki, Cuba Elak Lakon Babak Bersentuhan – ‘Saya Percaya Rezeki Dari Allah’

    Shopee Sale



    Penyanyi rap dan aktor, Noki K-Clique mendedahkan dia akan cuba untuk mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita ketika di set penggambaran.

    Bimbangkan keberkatan rezeki

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by NOKI K-CLIQUE (@ikhwanlee94)

    Ketika ditemui , Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji mendedahkan dirinya kini lebih berhati-hati kerana memikirkan keberkatan yang bakal diperoleh daripada hasil lakonannya.

    Kalau boleh saya cuba elak bawak watak bercinta kerana biasanya watak seperti itu membabitkan adegan bersentuhan.

    Saya tak mahu bawakkan watak sedemikian lagi kerana saya risaukan keberkatan sumber rezeki yang saya dapat.

    Kita cari duit dengan berlakon, bila ketepikan soal halal haram dan tidak kisah saling bersentuhan saya khuatir berkatkah rezeki itu.

    Noki berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem ‘Reeza GTR’ yang diadakan di GSC Mid Valley pada Jumaat.

    Mula nekad selepas pulang umrah

    Tambah Noki, dia juga tidak bimbang jika keputusannya itu kurang disenangi kerana dia lebih percaya kepada rezeki.

    Saya tak kisah kalau ada produksi yang takut untuk panggil saya disebabkan syarat-syarat ditetapkan kerana saya percaya rezeki itu dari Allah.

    Alhamdulillah setakat ini rezeki dalam lakonan sentiasa ada, sekarang ini saya sedang menjalani dua penggambaran serentak iaitu sebuah drama dan juga sebuah filem.

    Sekadar info, Noki kini tampil menerusi filem terbaharu arahan pengarah tersohor, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertajuk ‘Reeza GTR’.

    MENARIK:  ‘Bercinta Sepatutnya Selepas Kahwin’ – Que Haidar Perjelas Status Hubungan Bersama Fazura

    Selain Noki, filem yang akan ditayangkan pada 17 Oktober ini turut dibintangi Alif Satar, Sophia Albarakbah, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ropie, Mas Anizan dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah