Pelakon Fazura berkongsi rutin hariannya selepas sering menerima pujian kerana memiliki wajah yang kekal awet muda meskipun sudah memasuki usia 40-an.
Artikel Berkaitan: Fazura Kongsi ‘Quote’ Wanita Solo – ‘Bujang Itu Bukan Sumpahan, Sebenarnya Itulah Pakej Mewah’
Artikel Berkaitan: Individu Mengaku Peminat Fazura Mohon Maaf Kepada Amira Othman – ‘Tak Mahu Lagi Terlibat Dalam Mana-Mana Hate Post’
Rutin kecantikan

Menerusi ciapan dimuat naik di aplikasi Threads, seorang pengguna meluahkan rasa teruja melihat kecantikan pelakon berusia 43 tahun itu yang tetap menyerlah walaupun tanpa solekan.
Tambah individu tersebut, Fazura memiliki rupa paras yang lebih muda berbanding selebriti antarabangsa seusia dengannya.
Fazura tak mahu ke buat podcast, kongsi rutin kecantikan. Nak dekat 40 tahun ini mula cari tips daripada selebriti supaya tak nampak tua sangat.
Dah kaji video dan gambar tanpa filter Luna Maya, Bunga Cinta Lestari, Song Hye Kyo, Priyanka Chopra dan Fazura memang nampak lebih muda.
Kurang kedutan berbanding yang lain walaupun umur lebih kurang dan muka tak bersolek pun segar.
Tips dari tuan badan

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Pisau Cukur’ tersebut dilihat tampil memberi rutin harian yang diamalkannya bagi memiliki kulit wajah yang sihat.
Menurut Fazura, kata-kata positif juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan rupa paras awet muda seiring pertambahan usia.
Minum air putih sebanyak 2.5 liter setiap hari.
Dari segi penjagaan kulit, cari yang tidak kasar. Penghidratan dan kelembapan adalah kuncinya.
Senaman keluar peluh itu penting, buang toksin dari badan, kulit akan selalu glow.
Jaga pemakanan, setiap hari mesti ada buah dan sayur. Kurangkan pisang goreng, ini mencabar tapi cuba jangan makan selalu.
Jangan pernah cakap ‘dah makin tua’ tapi selalu sebut ‘semakin meningkat remaja’.
Jangan stres, cuba tenang selalu, pandang cermin, senyum sampai hati. Sayangi diri.
Sumber: Threads @opinireddy @missfazura
The post Netizen Tertanya-Tanya Rahsia Wajah Awet Muda, Fazura Kongsi Tips – ‘Jangan Pernah Cakap Dah Makin Tua’ first appeared on OHBULAN!.





