27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Terkebil-Kebil Biji Mata Tengok ‘Oufit’ Ameera Khan Tepi Pantai

    Shopee Sale

    Pempengaruh, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik foto dirinya mengenakan busana mencolok mata ketika bercuti di Phuket, Thailand.

    Artikel Berkaitan: ‘Jika Lelaki Tak Buat Awak Rasa Selamat & Stabil, Jangan Kompromi’ – Ameera Khan Dedah Bapa Sering Kecewa Dengan Pilihan Pasangan

    Netizen nasihat

    Menerusi hantaran di Instagram, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) berkongsi beberapa keping gambar memperlihatkan dirinya tampil dalam persalinan berona biru gelap dengan latar belakang pemandangan laut.

    Di ruangan kapsyen, Ameera turut menyertakan coretan puitis yang menggambarkan suasana romantis.

    Temui aku di tepi pantai dalam biru tengah malam. Langit memerah, pipiku turut merona, hatiku dan hatimu bakal menjadi satu. Buat masa ini kita berjauhan, seperti bulan dan matahari.

    Bagaimanapun, perkongsian tersebut kemudiannya tular di platform Threads dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    MENARIK:  ‘Bila Pula Aku Kena Ulser Perut?’ – Shera Aiyob

    Rata-rata wargamaya menegur penampilan Ameera yang disifatkan terlalu seksi sehingga mendedahkan bahagian dada dan perutnya.

    Malah, ada juga yang menitipkan nasihat agar Ameera lebih menjaga cara pemakaian memandangkan dirinya merupakan figura awam yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

    Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ameera menerima kecaman berkaitan penampilannya, malah sebelum ini dia juga pernah menjadi perhatian atas isu yang sama.

    Sumber: Instagram

    The post Netizen Terkebil-Kebil Biji Mata Tengok ‘Oufit’ Ameera Khan Tepi Pantai first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah