Isteri kepada pelakon Atiq Azman iaitu Alia Natasha tetap bekerja keras mencari rezeki meskipun sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atiq Azman & Isteri Tak Malu Berniaga, Mohon Sokongan Ramai
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atiq Azman Tamat Zaman Bujang, Sah Bergelar Suami Alia Natasha – ‘Hai Isteriku’
Demi anak
Menerusi hantaran di TikTok, Alia memuat naik video yang memaparkan dirinya bersama Atiq sedang menguruskan gerai makan mereka yang terletak di Kajang, Selangor.
Alia yang kini sedang hamil anak pertama itu dilihat sangat penat ketika mengendalikan gerai tersebut.
Hari Ini rasa lelah sangat kerja. Terima kasih suami selalu menjadi kuat, sanggup susah dan senang.
Doakan perniagaan kecil kami satu hari nanti dapat sambutan ramai.
Kuat demi seorang yang akan muncul tidak lama lagi. Doakan.
Nasihat netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Alia supaya berehat dan tidak terlalu aktif bagi memastikan kesihatan dirinya serta kandungan.
Terdahulu, Atiq atau nama lengkapnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah berkongsi khabar gembira bahawa Alia sedang hamil anak sulung mereka.
Sekadar info, Atiq dan Alia selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Februari lalu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Sumber: TikTok Alia Kerul
The post Netizen Risau Isteri Atiq Azman Penat Kerja – ‘First Pregnancy Kena Jaga Betul-Betul’ first appeared on OHBULAN!.






