Personaliti media sosial, Shaf Naufas tampil menjelaskan sebab dia mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai alat solek.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Influencer Berhenti Guna ‘Makeup’, Hadiahkan Semua Barang Solek Secara Percuma – ‘Doakan Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaf Naufas Perjelas Isu Percutian Bersama Shaniena Natasya, Nafi Tinggal Sebilik – ‘Dia Isteri Orang & Saya Masih Tahu Batas’
Bukan sebab manusia
Menerusi perkongsian di TikTok, Shaf menegaskan bahawa perubahan imejnya bukan kerana teguran daripada mana-mana individu tetapi kehendak diri sendiri.
Ia susulan terdapat segelintir warganet yang mendakwa dirinya berubah kerana terkesan dengan teguran oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit.
Perubahan saya tak ada kena mengena dengan orang lain. Saya potong rambut dan tak make up bukan sebab ada beberapa isu yang diperkatakan oleh Tareq Fit.
Dan benda itu tidak ditujukan kepada saya pun, tapi pada orang lain. Mungkin awak semua keliru atau tersilap.
Jadi, berhentilah komen, ‘nasib baik Tareq Fit tegur.’
Saya berubah bukan sebab hinaan dan cacian orang terhadap saya. Mungkin doa baik-baik itu yang termakbul.
Hanya ubah penampilan

Sementara itu, Shaf berkata perubahan yang dilakukannya buat masa ini hanya melibatkan penampilan, namun dia berharap warganet terus mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Ada sedikit perubahan pada personaliti diri saya dan ia bukanlah satu penghijrahan yang besar.
Saya tidaklah pakai jubah, songkok atau kopiah..saya masih orang yang sama, cuma saya tak berambut panjang dan tak pakai make up. Itu sahaja perubahan yang berlaku buat masa sekarang.
Saya takut juga, nanti kalau terbuat salah sikit orang kecam pula. Cuma doakanlah yang baik-baik.
Terdahulu, Shaf mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan sebarang solekkan di wajahnya.
Shaf kemudian bertindak menghadiahkan semua barangan solek miliknya kepada pengikutnya.
Tindakannya itu mendapat respon positif daripada warganet berikutan selari dengan ajaran Islam, iaitu larangan kaum Adam memakai alat solek secara berlebihan.
Sumber: TikTok Shaf Naufas
The post [VIDEO] ‘Saya Berubah Bukan Sebab Hinaan & Cacian Orang’ – Shaf Naufas Nafi Berhenti Guna Make Up Disebabkan Teguran first appeared on OHBULAN!.




–


