30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Puji Mas Khan Sentiasa Merendah Diri & Pemurah – ‘Baik Orangnya, Tak Lekang Dengan Senyuman’

    Shopee Sale

    Pelakon Mas Khan menerima pelbagai ucapan tahniah dan doa susulan perkahwinannya bersama isteri tercinta, Anatasha Diana, yang telah berlangsung pada Ahad lalu.

    Artikel Berkaitan: Mas Khan Sah Bergelar Suami Kepada Anatasha Diana, Serah Mas Kahwin RM1,497

    Artikel Berkaitan: Mas Khan ‘Off Market’, Umum Sudah Bertunang Dengan Wanita Pilihan Hati!

    Mas Khan dipuji

    Ramai yang berkongsi rasa gembira apabila melihat Mas Khan akhirnya menemui kebahagiaan sebenar selepas melalui beberapa episod duka dan kekecewaan dalam percintaan sebelum ini.

    Yeay dah kahwin. Dah bertahun-tahun tengok Mas Khan kejap kejap kecewa dan sekarang dah kahwin.

    Mas Khan banyak kali dikecewakan, setia orangnya. Full effort.

    Tidak kurang juga, ada di antara mereka menyifatkan aktor tersebut sebagai seorang yang baik hati, merendah diri, sopan santun dan pemurah dalam setiap layanannya terhadap orang sekeliling.

    Baik orangnya, tak lekang dengan senyuman.

    Kacak orangnya, lembut je bila bercakap dengan maknya.

    Humble dan sangat merendah diri.

    Komen

    Malah, ada individu yang turut berkongsi pengalaman peribadi ketika bertemu dengan Mas Khan, di mana aktor itu dengan penuh keikhlasan telah membelanja mereka makan tanpa sedikit pun menunjukkan sikap meninggi diri.

    MENARIK:  Lee Je Hoon Temui Peminat Di Malaysia Pada April Ini, Tiket Dijual Bermula 25 Februari

    Bukan sahaja dikenali menerusi bakat lakonan, Mas Khan turut menerima pujian ramai kerana memiliki rupa paras yang kacak. Malah, ada dalam kalangan peminat yang menyamakan penampilannya dengan individu berdarah campuran Inggeris, dek kerana raut wajahnya yang tampan.

    Susulan daripada sambutan dan kata-kata positif yang diterima, Mas Khan menzahirkan rasa syukur dan terharu atas sokongan ramai terhadap fasa baharu dalam kehidupannya.

    Sumber: Instagram Mas Khan

    The post Netizen Puji Mas Khan Sentiasa Merendah Diri & Pemurah – ‘Baik Orangnya, Tak Lekang Dengan Senyuman’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah