26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lee Je Hoon Temui Peminat Di Malaysia Pada April Ini, Tiket Dijual Bermula 25 Februari

    Shopee Sale

    Pelakon berkaliber Korea Selatan, Lee Je Hoon bakal menemui peminat Malaysia menerusi 2026 Lee Je Hoon Fanmeeting [Our 20th Moment] pada 11 April 2026 di Zepp Kuala Lumpur.

    Artikel Berkaitan: Pelakon Terkenal, Lee Je Hoon Bakal Temui Peminat Di Malaysia September Ini Menerusi JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour

    Lee Je Hoon bakal temui peminat Malaysia

    Acara istimewa anjuran Shanghai SanYanSiYu Cultural Creativity bersama TopGallant Show ini diadakan sebagai tanda penghargaan buat para peminat yang telah menyokong perjalanan seni Lee Je Hoon sepanjang dua dekad dalam industri hiburan.

    Pelakon yang cukup berbakat ini telah mencatat kejayaan luar biasa menerusi watak ikonik dalam drama tiga musim, Taxi Driver, sehingga berjaya merangkul Anugerah Grand Prize (Daesang) di Anugerah Drama SBS bagi tahun 2023 dan 2025.

    Selain itu, Lee Je Hoon juga dikenali menerusi lakonan dalam drama Signal yang bakal kembali dengan musim kedua tahun ini, serta karya-karya hebat lain seperti Move to Heaven, Chief Detective 1958, dan filem Escape.

    MENARIK:  Isteri Puji Fizi Ali Kemas Selepas Memasak – ‘Bersih Macam Tak Ada Sesiapa Pun Masuk Dapur’

    Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik bakal berlangsung pada acara itu termasuk persembahan istimewa, sesi interaksi dan banyak lagi.

    Tiket dijual bermula 25 Februari

    Pemegang tiket kategori SVIP yang berharga RM888 bakal menikmati kelebihan seperti sesi sound check, Hi-Touch, serta peluang memenangi sesi foto 1:1, polaroid bertandatangan, dan poster bertandatangan secara langsung bagi peminat terpilih.

    Selain itu, kategori VIP BOX ditawarkan pada harga RM4,988 manakala kategori VIP berharga RM658, di mana kedua-dua kategori ini turut disertakan dengan faedah Hi-Touch, sesi foto, dan pelbagai cenderamata digital.

    Bagi peminat yang memilih kategori ZONE A pada harga RM398, akan menerima poster rasmi serta berpeluang menyertai sesi foto berkumpulan bersama Lee Je Hoon.

    Jualan tiket akan mula dibuka secara rasmi pada 25 Februari 2026 bermula jam 12 tengah hari menerusi platform fantopia.io, my.trip.com, dan http://www.ctrip.com.

    The post Lee Je Hoon Temui Peminat Di Malaysia Pada April Ini, Tiket Dijual Bermula 25 Februari first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah