34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Gurau Tanya Adakah Masih Wajib Solat Jumaat Ketika Hujan Renyai, Dr. Zulkifli Beri Respon – ‘Nak Kena Rotan Ni’

    Shopee Sale



    Seorang individu mencuri perhatian apabila berseloroh bertanyakan mengenai hukum solat jumaat kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ciapan di aplikasi X.

    Wajib ke solat jumaat ketika hujan renyai?

    Menerusi ciapan yang dibuat, individu yang dikenali sebagai @IniFarisImran ini memuat naik video keadaan kawasan sekitarnya yang sudah mula hujan.

    Dia kemudiannya berseloroh bertanyakan hukum menunaikan solat jumaat ketika hujan sudah mula turun.

    Assalamualaikum Dr. Zulkifli, hujan renyai macam ini masih wajib Solat Jumaat kan? Kawan yang tanya.

    ‘Nak kena rotan ni’

    Apa yang mencuri perhatian ialah, ciapan yang dibuat individu tersebut mendapat perhatian Dr. Zulkifli yang turut memberikan jawapan dalam nada berseloroh.

    Nak kena rotan ni.

    Dalam pada itu, Dr. Zulkifli kemudiannya memberikan jawapan kepada pertanyaan lelaki tersebut.

    MENARIK:  ‘Kami Tak Pernah Rancang Pakai Warna Baju Yang Sama, Ia Hanya Satu Kebetulan’ – Muaz Zabir

    Menurut Dr. Zulfikli, adalah haram hukumnya jika lelaki itu meninggalkan solat Jumaat dalam keadaan sengaja tanpa sebab keuzuran.

    Hukum meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran adalah haram dan berdosa.

    Ada perbincangan klasik berkenaan kelonggaran untuk tidak menunaikan solat Jumaat jika hujan terlalu lebat.

    Namun, hari ini terlalu banyak kemudahan untuk kita menunaikan solat Jumaat walau apa jua keadaan.

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mahu menjadi batu api dengan meminta Dr. Zulkifli merotan individu berkenaan.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah