28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak Kurangkan Pencemaran Alam Punca Farid Kamil Jual Motosikal Elektrik

    Shopee Sale

    Pelakon, Farid Kamil melakar sejarah apabila berjaya merasmikan sebuah kedai motosikal elektrik miliknya yang dikenali sebagai NeoFK.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Senang ‘Move On’ Selepas Cerai? Farid Kamil Komen – ‘Bergantung Pada Jodoh & Matlamat Hidup’

    Artikel Berkaitan: ‘Mereka Bukan Sekadar Selebriti, Tetapi Sahabat Lama’

    Nak kurangkan pencemaran

    Ketika ditemui , Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari meluahkan rasa syukur dan teruja dengan perasmian kedai miliknya itu.

    Alhamdulillah segalanya berjaya dijalankan meski hanya mengambil masa yang pendek untuk kami jayakan majlis pelancaran hari ini (Khamis).

    Perniagaan ini adalah bertujuan untuk fokus kepada penjualan motosikal elektrik.

    Berkongsi lanjut, pelakon filem ‘Lagenda Budak Setan’ memaklumkan faktor utama dia memilih untuk membuka perniagaan motor elektrik adalah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

    Saya percaya dengan adanya motor elektrik ini sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan dua pencemaran iaitu bunyi dan udara.

    Keistimewaan itu (gaya hidup hijau) membuatkan saya tertarik untuk memulakan perniagaan ini.

    Farid berkongsi perkara tersebut di perasmian kedai motosikal elektrik miliknya, Neo FK pada Khamis.

    Lebih manis, majlis yang diadakan di Setia Alam itu turut dirasmikan Menteri Besar Selangor iaitu YAB Datuk Seri Amirudin Shari.

    MENARIK:  Lepas Keguguran, Ain Edruce Umum Hamil Anak Kedua – ‘Alhamdulillah Allah Beri Rezeki Untuk Kami’

    Nak beri fokus pada perniagaan

    Ketika ditanya mengenai dunia lakonan, bapa kepada dua orang anak memaklumkan dia masih aktif namun ketika ini memilih untuk memberikan sepenuh fokus kepada penjualan motor elektrik.

    Saya masih aktif dalam dunia lakonan cuma ketika ini saya nak memberikan lebih fokus terhadap penjualan motosikal elektrik ini.

    Kerajaan beri rebat untuk penjualan (harga lebih murah) sehingga bulan Disember ini sahaja jadi saya nak berusaha yang terbaik untuk menjual sebanyak yang mungkin.

    Dan ketika ini, sudah 2,000 biji motor yang sudah siap dan bersedia untuk dijual.

    Sekadar info, motosikal elektrik GGR x Farid Kamil NeoFK akan dijual dengan harga RM3,999 seunit.

    Walau bagaimanapun, dengan adanya rebat yang diberikan kerajaan terhadap penjualan motosikal elektrik, harga jualan bagi sebuah motosikal yang akan dijual adalah RM1,569 seunit sehingga penghujung tahun ini sahaja.

    The post Nak Kurangkan Pencemaran Alam Punca Farid Kamil Jual Motosikal Elektrik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah