Personaliti media sosial, Bella Park meluahkan rasa gusar terhadap pelakon Bella Astillah, susulan seorang wanita bertindak di luar kawalan terhadap aktres itu semasa persandingannya di Muar, Johor baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gara-Gara Insiden Mak Cik Tarik Leher, Kawan Baik Bella Astillah Larang Tetamu Cium
Artikel Berkaitan: Team BASS Sediakan Enam Hadiah Istimewa Buat Syed Saddiq & Bella Astillah
Harap tidak berulang

Menerusi perkongsian di Threads, abang ipar kepada Bella Astillah iaitu Space Dollah menyifatkan wanita tersebut seorang insan yang sangat comel kerana tindakannya yang dilihat amat menyayangi selebriti itu.
Saya rasa mak cik yang cium pipi Bella itu comel. Dia patut dapat anugerah sebab comel gila.
Bagaimanapun, Bella Park atau nama sebenarnya Nurul Nabila Zolkepli, berharap tindakan tersebut tidak menjadi ikutan kepada orang lain.
Dengan hantaran ini, jangan sampai ramai lagi mak cik cekak tengkok Bella dan cium dia. Ya, sebab comel, faham mungkin tak sengaja dan memang geram sangat.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini, orang awam tidak sepatutnya mengambil kesempatan di atas kebaikan dan sikap ramah Bella.
Bella comel dan memang jenis baik hati dan tak marah. Tapi jangan kita biar pula menjadi ikutan.
Harap sangat selepas ini jangan ditarik macam itu.
Orang itu memang baik tapi dalam masa yang sama kena jaga keselamatan dan juga keselesaan.
Yang terjadi tidak apalah, yang selepas ini harap tak diulang atau menjadi ikutan.
Terdahulu, kejadian tidak diingini itu berlaku ketika berlangsungnya Kenduri Rakyat di Muar. Insiden itu terjadi ketika Bella bersama suami, Syed Saddiq sedang menyantuni tetamu yang hadir ke majlis mereka.
Sumber: Threads
The post ‘Bella Astillah Memang Baik Hati Tapi Tetap Kena Jaga Keselamatan & Keselesaan Dia’ – Bella Park first appeared on OHBULAN!.





