Pelakon Akmal Asyraf menyifatkan populariti yang diraihnya ketika ini sebagai sesuatu yang sudah lama dinantikan sejak mula menceburi industri seni tanah air pada 2020.
Artikel Berkaitan: Pengarah Nafi Kudrat 1968: High Council Galak Budaya B*li – ‘Saya Pastikan Watak Tersebut Ada Pengajaran’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’
Penantian 6 tahun

Ketika ditemui OhBulan, Akmal, 30, mengakui perjalanan selama enam tahun dalam industri seni bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia memilih untuk terus fokus pada kerjaya seni tanpa meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
Saya sudah cuba untuk menambat hati penonton sejak saya aktif dalam industri ini.
Sekarang baru dapat, jadi saya menghargai setiap individu yang berterusan memberikan sokongan sejak dari awal.
Terima kasih, ini yang saya tunggu.
Akmal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Kudrat 1968: High Council yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, Akmal meluahkan rasa syukur apabila bakatnya mula mendapat pengiktirafan sekali gus membuktikan penantian selama ini tidak sia-sia.
Terima kasih kepada semua yang akhirnya nampak dan menerima saya dalam industri hiburan. Saya sudah berada dalam industri ini lama.
Kalau betul-betul dalam indsutri seni saya sudah buat sejak dari bangku sekolah untuk teater, untuk on screen saya mula aktif dari tahun 2020.
Alhamdulillah pada tahun keenam ini diterima ramai.
Ketika ditanya mengenai perubahan terbesar yang dialaminya sejak namanya semakin melonjak naik, Akmal mengakui ramai yang sudah mula mengenalinya dan meminta untuk bergambar apabila terserempak dengannya di luar.
Pun begitu, pelakon filem Malaikat Malam itu menegaskan bahawa dia akan tetap menjadi dirinya sendiri dan tidak akan berubah meskipun namanya semakin dikenali.
Dalam perkembangan lain, Akmal berkongsi dia masih memilih untuk membawakan watak-watak kecil dalam naskhah akan datang dan tidak mahu terus terikat dengan watak antagonis kerana mahu mencuba pelbagai watak yang berbeza.
Buat masa ini, saya tidak rasa mahu menjadi selektif untuk naskhah seterusnya. Watak yang akan saya lakonkan pada masa akan datang ini pun tidak besar, hanya sokongan sahaja.
Sekarang pun saya tiada perancangan untuk masa hadapan, hanya ikut sahaja arus yang sudah ditetapkan.
Terdahulu, Akmal mencipta fenomena menerusi lakonannya dalam siri drama Kudrat 1968: High Council sebagai Rafizi sehingga namanya menjadi sebutan dalam kalangan pengguna media sosial.
The post [VIDEO] Penantian 6 Tahun Berbaloi, Akmal Asyraf Syukur Bakat Mula Dihargai – ‘Terima Kasih, Ini Yang Saya Tunggu’ first appeared on OHBULAN!.





