Mulut yang bersih bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan ketika bercakap dan senyum, malah ia membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti bau mulut, kerosakan gigi dan jangkitan gusi.
Artikel Berkaitan: Suci Ke Guna Tisu Basah Untuk Najis Bayi? Ini Penjelasan Dari Sudut Syarak
Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Hormon Lelaki, Ini Tanda-Tanda Testosteron Berlebihan Dalam Tubuh Wanita
Lidah tempat bakteria berkumpul

Walaupun rutin memberus gigi dan menjaga gusi telah menjadi kebiasaan sejak kecil, tetapi kebersihan lidah sering diabaikan.
Hakikatnya, permukaan lidah merupakan antara kawasan utama pengumpulan bakteria dan sisa makanan yang boleh menjejaskan kesegaran nafas serta kesihatan mulut sekiranya tidak dibersihkan dengan betul.
Salah satu kesan paling ketara akibat pengumpulan bakteria pada lidah ialah masalah nafas berbau. Bakteria yang melekat pada gigi, gusi dan lidah menghasilkan sebatian tertentu yang menyebabkan bau tidak menyenangkan.
Membersihkan gigi, gusi dan lidah secara menyeluruh membantu menyingkirkan lapisan bakteria berlebihan sekali gus mengekalkan kesegaran nafas.
Selain itu, kebersihan lidah turut mempengaruhi kepekaan deria rasa. Permukaan lidah yang dilitupi bakteria dan kotoran boleh menghalang fungsi reseptor rasa, menyebabkan seseorang kurang dapat menikmati kelazatan makanan dan minuman.
Pengabaian terhadap kebersihan lidah juga boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan oral yang lebih serius.
Bakteria yang terkumpul dalam rongga mulut juga berpotensi mencetuskan penyakit seperti pembentukan kaviti yang akhirnya menjejaskan kesihatan gigi serta penampilan senyuman seseorang.
Boleh guna berus gigi biasa

Proses membersihkan lidah boleh menggunakan berus gigi biasa dengan gerakan memberus yang bermula dari bahagian belakang lidah ke arah hadapan, diikuti pergerakan melintang dari satu sisi ke sisi yang lain.
Selepas itu, berkumur sama ada dengan air biasa atau ubat kumur bagi menyingkirkan sisa kotoran yang tertanggal.
Tekanan berus hendaklah dilakukan secara lembut untuk mengelakkan kecederaan pada tisu lidah yang sensitif.
Sebagai alternatif, penggunaan alat khas pembersih lidah atau tongue scraper turut digalakkan kerana ia direka khusus untuk tujuan tersebut.
Sekiranya seseorang masih mengalami masalah berkaitan kesihatan mulut walaupun telah mengamalkan rutin penjagaan ini secara konsisten, pemeriksaan dengan doktor gigi amat disarankan.
Sumber: Hello Doktor
The post Nafas Berbau? Ini Kepentingan Berus Lidah Yang Ramai Terlepas Pandang first appeared on OHBULAN!.





