29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mungkin Sudah Lama Tidak Ada Boy’s Band Yang Aktif Seperti Alpha’

    Shopee Sale

    Kumpulan Alpha yang baru menapak dalam industri hiburan berjaya mencuri perhatian ramai menerusi bakat yang ditonjolkan, namun terdapat perbalahan yang dicetuskan dalam kalangan peminatnya di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Alphanite Adalah Nyawa Alpha’ – Rizal Rasid

    Artikel Berkaitan: Alpha Tak Pernah Gaduh Besar Sepanjang Empat Bulan Bersama, Utamakan Toleransi & Saling Pujuk-Memujuk

    Harap peminat jaga batas setiap tindakan

    Ketika ditemui , Izat atau nama sebenarnya Izat Ibrahim, berpendapat situasi tersebut berlaku susulan keterujaan peminat yang sentiasa memberikan perhatian terhadap mereka.

    Menurutnya, peminat Alpha terdiri daripada pelbagai lapisan umur, dan perbezaan pandangan yang menyebabkan tercetusnya perselisihan faham.

    Selain itu, dia juga berharap isu berkenaan tidak berpanjangan dan menyeru peminat yang dikenali sebagai Alphanite agar sentiasa menjaga batas dalam setiap tindakan.

    Kami ini band baharu, mungkin rasa keterujaan peminat dan netizen agak tinggi terhadap kami.

    Mungkin juga disebabkan sudah lama tidak ada boy’s band yang aktif seperti kami.

    Jadi, bila kami bersatu sebagai Alpha ramai yang terlalu teruja untuk berjumpa dan menyokong kami.

    Dari situ menjadinya punca perbalahan tersebut.

    Kami juga faham, peminat kami ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan menyebabkan timbulnya perbezaan pandangan.

    Kami nasihatkan, minatlah dengan baik secara bertenang.

    Izat berkata demikian ketika ditemui pada acara Gempak Most Wanted Award 2025 (GMWA) yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA).

    MENARIK:  Zynakal Tak Suka Cipta Gimik Murahan, Tak Kisah Dilabel Artis ‘Suam-Suam Kuku’ – ‘Selesa Dapat Hidup Dengan Cara Sendiri’

    Ambil kritikan yang membina

    Dalam pada itu, Izat menjelaskan bahawa walaupun terdapat segelintir pihak meragui kemampuan mereka dan menilai populariti Alpha hanya bersifat sementara, kumpulan itu tetap mengekalkan sikap positif.

    Kata Izat, tumpuan utama mereka kini adalah ingin memperkukuhkan kerjaya dan terus berusaha mencapai kejayaan, sambil menghargai sokongan berterusan daripada peminat.

    Kalau ada kritikan yang membawa mesej positif, kami akan terima dan belajar untuk perbaiki apa yang patut.

    Jika kritikan tersebut tidak memberi manfaat kepada kami, kami tolak dengan baik.

    Tenaga positif daripada peminat juga yang memberi kami semangat untuk terus melangkah ke hadapan.

    The post ‘Mungkin Sudah Lama Tidak Ada Boy’s Band Yang Aktif Seperti Alpha’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah