30.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muhyiddin: Bersatu sedia lawan PAS di Johor jika gagal runding

    Shopee Sale

    Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menegaskan partinya bersedia berdepan PAS pada pilihan raya negeri (PRN) Johor sekiranya kedua-dua parti itu bertanding di kerusi yang sama.

    Muhyiddin dipetik Harian Metro berkata pertembungan itu disebabkan ketiadaan 'musyawarah' bersama PAS berhubung kerusi yang ditandingi dalam PRN Johor.

    "Pasal tak ada lagi nak 'bermesyuwarah'. Kau lawan sana, kau lawan sini, nak lawan sama kerusi," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam tadi.

    Muhyiddin berkata Bersatu akan mengumumkan senarai calon bagi PRN Johor dalam masa terdekat.

    Sementara itu, Muhyiddin dipetik media tempatan menjelaskan Bersatu tidak mahu sebarang konflik dalam PN namun parti itu bersedia menghadapi apa juga kemungkinan susulan keputusan PAS memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

    "Itu keputusan berdasarkan pertimbangan mereka, kita terima dan kita sudah pun buat kenyataan rasmi bahawa keputusan itu dibuat oleh PAS, bukannya Bersatu.

    "Kita bersedia untuk berjuang, apa yang hendak takut sangat kerana inilah politik, kita akan hadapi dan kita berjaya," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

    Menurut Muhyiddin lagi, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar wajar mengadakan pertemuan dengan semua parti komponen bagi membincangkan agihan kerusi PRN Johor.

    Bagaimanapun, katanya, Bersatu sehingga kini belum menerima sebarang tarikh mesyuarat berhubung perkara itu.

    MENARIK:  'Akta Hasutan perlu untuk orang tak bertanggungjawab macam Zakir Naik'

    Keadaan itu menimbulkan kemungkinan Bersatu dan PAS bertembung di kerusi sama sekiranya tiada penyelesaian dicapai sebelum PRN Johor.

    Sebelum ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Konvensyen Reset di Kelantan pada 13 Jun lalu menegaskan hubungan partinya dengan Bersatu sudah berakhir, sekali gus menyerahkan kepada parti pimpinan Muhyiddin itu untuk menentukan sama ada mahu kekal dalam PN atau sebaliknya.

    Abdul Hadi juga mengumumkan penyertaan - parti pimpinan Hamzah Zainuddin yang digerakkan bekas ahli Bersatu yang dipecat - Wawasan Negara ke dalam PN.

    “PAS dah bersetuju dan kita dah berpisah dengan Bersatu.

    “Jadi terpulanglah kepada dia (Bersatu) nak keluar atau nak kekal lagi, terpulang pada dialah.

    “Tapi Parti Wawasan Negara (pimpinan Hamzah Zainudin) nak masuk PN tidak ada masalah,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah