29 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mungkin Beribu Yang Mengejarmu, Tapi Awak Pilih Tanggungjawab & Sebuah Keluarga’ – Fizo Omar Kagumi Syed Saddiq

    Shopee Sale

    Pelakon Fizo Omar mengagumi keikhlasan hati ahli politik Syed Saddiq kerana dia dilihat amat mencintai dan menyayangi selebriti terkenal Bella Astillah.

    Artikel Berkaitan: Hantaran Syed Saddiq Bertemakan Masa Depan, Sedia Simpanan Tabung Haji & SSPN Untuk Kedua Anak

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dari Teman Sekerja, Syed Saddiq Kini Sah Tunangan Bella Astillah

    Fizo kagum

    Menerusi hantaran di Instagram, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 41, berkata dia amat menghormati keperibadian Saddiq kerana sudi menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, sekaligus membuktikan dirinya seorang lelaki yang berprinsip dan matang.

    Mungkin beribu-ribu orang yang mengejar awak, tapi awak pilih tanggungjawab dan sebuah keluarga.

    Inilah lelaki yang berhati mulia.

    Dalam masa sama, Fizo juga percaya penyatuan pasangan itu akan memberi impak positif terhadap diri masing-masing, selain yakin bahawa mereka adalah jodoh yang terbaik untuk satu sama lain.

    Tak dinafikan, kewujudan Bella juga sedikit sebanyak menjernihkan nama Syed Saddiq yang pernah dicemari dalam karier politiknya.

    Betul, jodoh ditangan tuhan yang telah ditetapkan, tapi kita sebagai manusia berhak memilih apa yang kita perlu bukan yang kita hendak.

    Awak berdua ditakdirkan untuk bersama.

    Sementara itu, Fizo turut mendoakan agar Saddiq dan Bella dilimpahkan dengan kegembiraan bersama hingga akhir hayat.

    Dari hati yang ikhlas, saya dan isteri doakan semoga keikhlasan kalian membawa ke jannah dan kekal bahagia sampai bila-bila.

    Kadang bila kita tak kejar ‘sesuatu’, ‘sesuatu’ itu akan kejar kita.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Fizo dan mereka menyifatkan Ahli Parlimen Muar itu sebagai seorang lelaki yang budiman.

    MENARIK:  Qi Razali Nikah Pada Usia 48 Tahun, Isteri Curi Tumpuan Solek Sendiri Di Hari Perkahwinan

    Terdahulu, Saddiq dan Bella telah selamat mengikat tali pertunangan di dalam sebuah majlis indah yang berlangsung pada petang Sabtu.

    Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram, Saddiq turut berkongsi momen ketika dia melamar bakal suri hatinya itu.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Mungkin Beribu Yang Mengejarmu, Tapi Awak Pilih Tanggungjawab & Sebuah Keluarga’ – Fizo Omar Kagumi Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah