Susulan tular kontroversi dalam insiden pergaduhan jalan raya yang berlaku di SS15, Subang Jaya baru-baru ini, pengasas merangkap Pengarah Urusan jenama pakaian Stoned & Co, Andrew Ngo, mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan rakan kongsinya, Tan Jia Hui serta merta.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Kongsi Perkara Yang Perlu Diambil Tahu Sebelum Jadi ‘Rakan Serumah’ – ‘Bersedia Dengan Agama & Betulkan Niat Berkahwin’
Henti khidmat

Ketika ditemui , Andrew, menekankan keputusan itu dibuat demi menjaga reputasi syarikat yang telah dibinanya sejak lebih 13 tahun lalu.
Katanya, meskipun insiden tersebut memberi kesan besar terhadap perniagaan, langkah tegas itu perlu diambil demi kepentingan jangka panjang syarikat.
Lelaki dalam insiden itu adalah rakan kongsi dalam syarikat ini. Sekarang dia sudah lagi tidak berkhidmat dengan kami. Bagi saya, keputusan itu penting dibuat untuk syarikat ini.
Semestinya ia memberikan kesan yang drastik kepada perniagaan kami. Disebabkan itu, saya sebagai pengarah urusan bersuara tentang isu ini.
Sekarang ini, kami mahu selesaikan isu ini dan baru teruskan dengan produk yang bakal dilancarkan.
Dalam masa sama, Andrew mengakui menyedari reaksi orang ramai, khususnya pelanggan yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial termasuk gesaan untuk memboikot jenama tersebut.
Saya nampak komen orang ramai yang ingin memboikot, bisnes juga terkesan teruk selepas kejadian tersebut.
Saya harap isu ini habis di sini dan tidak lagi berulang. Saya hanya manusia biasa, usahawan yang mengusahakan bisnes lokal. Di belakang saya ada pekerja-pekerja yang bekerja keras untuk menyelesaikan situasi ini.
Selain itu, jenama pakaian tersebut turut tampil dengan inisiatif CSR menerusi pengagihan lebih 200 koleksi pakaian, makanan dan minuman secara percuma di hadapan kedai sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan.
Terdahulu, sebuah klip berdurasi 1 minit 32 saat tular di media sosial, memaparkan mangsa sedang memandu sebelum terserempak dengan seorang lelaki yang berdiri di tengah jalan.
Susulan itu, berlaku salah faham antara mereka sebelum suspek yang menaiki kereta mewah mengejar dan memberhentikan kenderaan secara mengejut di hadapan mangsa.
The post [VIDEO] Pengarah Urusan Singkir Rakan Kongsi, Jaga Reputasi Jenama Baju Popular 13 Tahun first appeared on OHBULAN!.





