Mualim muda iaitu Shamsul menegaskan larangan Nabi mengenai hukum wanita bermusafir seorang diri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Musafir Yang Pergi Konsert Tidak Boleh Solat Jamak Qasar’ – Ustaz Jafri Mahmoodi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Solat Jumaat Sebab Musafir Dari Selepas Subuh? Ini Penerangan Dari Ustaz Azhar Idrus
Wanita solo travel
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Shamsul memaklumkan bahawa wanita dibenarkan untuk bermusafir jika bersama mahram.
Jelasnya, terdapat tiga sebab wanita dilarang untuk bermusafir secara solo menerusi Imam Soleh Fauzan.
Wanita tak boleh musafir secara solo. Nabi dah larang.
Melainkan ada mahram. Imam Soleh Fauzan menggariskan tiga larangan.
Difahamkan, wanita mudah terdedah kepada beberapa faktor negatif yang boleh memudaratkan diri.
Yang pertama, wanita mudah terdedah kepada risiko.
Kedua, wanita mudah dicemari maruahnya dengan gangguan daripada luar.
Dan yang terakhir, wanita mudah menjadi sasaran kepada lelaki yang jahat.
Dalam pada itu, Shamsul turut menjelaskan bahawa setiap hukum mengikut mazhab tersendiri.
Fatwa mengenai wanita pergi haji tanpa mahram berbeza mengikut mazhab. Kalau Syafi’i dan Maliki, wanita dibenarkan tanpa mahram tapi perlu ditemani kumpulan yang dipercayai.
Manakala mazhab Hanafi dan Hanbli mewajibkan wanita untuk bersama mahram.
Sumber: TikTok @Duyufurrahman official
The post Mualim Shamsul Bagi Pencerahan Boleh Ke Wanita Nak ‘Travel’ Solo first appeared on OHBULAN!.





