28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Berkira Beli Baju Raya Isteri, Terkilan Mampu Habiskan RM200 Untuk Mercun – ‘Duit Raya Pun Tak Bagi’

    Shopee Sale

    Seorang individu tampil berkongsi luahan hati mengenai suaminya yang didakwa berkira dalam menyediakan pakaian baharu bagi sambutan hari raya.

    Artikel Berkaitan: Wanita Nekad Batal Majlis Kahwin, Tinggal Bakal Suami Dianggap Kedekut – ‘Dia Nak Bagi Nafkah Yang Wajib Saja’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ifa Raziah Pesan Jangan Kedekut Dengan Isteri – ‘Doa & Keberkatan Itu Penting’

    Suami berkira

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu memaklumkan bahawa suaminya menyarankan untuk mencari baju raya serendah RM200.

    Bagaimanapun, individu terbabit akui terkilan apabila suaminya berbelanja lebih untuk mercun dan bunga api tanpa sebarang alasan.

    Patut ke nak terasa dengan suami? Saya ada bagitahu suami mengenai baju raya yang saya suka. Tapi harga mahal dalam lingkungan RM200.

    Suami pun kata mahal. Kalau boleh dia suruh cari yang bawah RM200. Saya pun pilih yang murah, bawah RM100.

    Saya anggap selesai, sebab hanya perkara kecil saja.

    Tapi apa yang membuatkan saya terasa, malam raya suami pergi beli mercun dan bunga api bersama adik dia. Jumlah keseluruhan RM200.

    Saya terkilan. Dia boleh habiskan RM200 untuk mercun tapi untuk baju saya, macam-macam alasan dia bagi.

    Dakwa individu itu lagi, suaminya tidak memberi duit raya dengan alasan sudah digunakan bagi perbelanjaan lain.

    Duit raya pun dia tak bagi. Suami hanya beri pada adik dan mak ayah dia saja.

    Dia cakap duit raya saya dah dibelanjakan untuk makan-makan sedap sebelum ini.

    Sumber: Threads @dewawijaya206

    MENARIK:  Khairul Aming Sifatkan Azfar Heri Kawan Yang Baik – ‘Dia Ada Waktu Saya Senang & Susah’

    The post Suami Berkira Beli Baju Raya Isteri, Terkilan Mampu Habiskan RM200 Untuk Mercun – ‘Duit Raya Pun Tak Bagi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah