29.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Motif Keris Adalah Warisan Budaya’ – Elrah Exclusive Nafi Tiru Reka Bentuk

    Shopee Sale



    Jenama pakaian terkemuka, Elrah Exclusive menolak sebarang dakwaan tidak berasas berkaitan isu menciplak reka bentuk kain samping yang dikatakan hak eksklusif jenama pakaian milik suami pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman iaitu Emran Rijal.

    ‘Motif keris adalah warisan budaya’

    Hal ini kerana, menurut Elrah Exclusive motif keris bukan hak eksklusif individu tetapi merupakan sebahagian daripada warisan budaya Nusantara.

    Pihak Elrah turut menyatakan hak cipta pihak terbabit hanya didaftarkan pada tahun ini dan tidak mempunyai bukti rasmi memiliki reka bentuk itu sejak tahun 1890.

    Elrah Exclusive menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat ke atas koleksi Samping Raya Elrah Exclusive 2025 tidak berasas dan tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.

    Motif keris bukan hak eksklusif mana-mana individu dan pendaftaran hak cipta pada tahun 2025 tidak boleh digunakan sebagai bukti pemilikan sejak tahun 1890.

    Tak tiru mana-mana pihak

    Mengulas lanjut, Elrah Exclusive menjelaskan motif keris yang digunakan dalam koleksi mereka adalah hasil interpretasi tersendiri.

    Ia bukanlah salinan langsung daripada mana-mana karya yang berdaftar.

    Selagi motif yang digunakan tidak meniru secara tepat karya yang telah didaftarkan di bawah hak cipta, ia bukan satu pelanggaran.

    Dalam pada itu, pihak Elrah turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan tersebut menjejaskan reputasi dan kredibiliti mereka.

    MENARIK:  Erra Fazira & Aina Abdul Melaram Lagak Sang Ratu Dengan Koleksi RR By Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress, Banyak Dah ‘Sold Out’!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah