
Primadona tanah air, Erra Fazira antara selebriti yang jatuh cinta dengan koleksi baju raya RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection.
Empress Collection

Selain Era, Mira Filzah, Diana Danielle, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Eyka Farhana, Aina Abdul dan Raysha juga antara yang sudah menyarung busana rekaan duo pereka fesyen terkenal itu.
Penangan RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection terbukti hebat apabila banyak stok yang sudah terjual, malah ada sesetengah rekaan yang sudah ‘slot out’ di awal Ramadan.
Inspirasi yang tercetus di sebalik rekaan ini dan kemudian diterjermahkan dalam setiap helaian dengan begitu terperinci menjadikan koleksi ini lain daripada yang lain, sehinggakan berjaya mencuri hati RR Royalties untuk memilikinya.
Koleksi ini juga diperkenalkan bersempena meraikan pencapaian gemilang Rizman Ruzaini selama dua dekad pada tahun ini. Justeru, koleksi RR by Rizman Ruzaini Raya Empress ini dilihat sebagai suatu wakilan tepat untuk meraikan ulang tahun tersebut.
Inspirasi rekaan

Diinspirasikan daripada legasi British Raj dan pemerintahan simbolik Ratu Victoria, koleksi ini menggabungkan kekayaan sejarah dengan kemewahan kontemporari.
Daripada penggunaan renda Tartan mewah sebagai elemen utama dan sulaman filigree yang terperinci, hinggalah kepada reka bentuk kerongsang eksklusif yang diilhamkan daripada permata Koh-I-Noor, helaian ini menitikberatkan seni visual kemegahan golongan bangsawan, berlatarbelakangkan fabrik crepe concerto berwarna neutral lembut.
Menurut Pengarah Kreatif Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil, seleksi yang direka ini sebenarnya lebih daripada sekadar sepasang ’baju raya’.
Ya, ketika mengilhamkannya, saya memikirkan satu pemakaian yang lebih daripada pandangan baju raya.
Maksudnya di sini, saya mahu ia kelihatan gah untuk dijadikan persalinan hari istimewa lainnya seperti ke karpet merah atau apa jua yang sesuai dengan keunggulan inspirasinya.
16 rekaan

Koleksi ini menampilkan 16 rekaan yang tersedia dalam kuantiti terhad demi menjaga kualiti dan eksklusiviti kepada si pemakai.
Namun demikian, tetap dijual pada harga mampu milik untuk rekaan yang dikategorikan sebagai mewah dan terperinci ini.
Antara rekaan tersebut adalah Victoria Kurung (Limited Edition), Camryn Kurung in Bright Pink, Fenella Kurung in Almond, Faith Kurung in Navy, Shyla Kurung in Blush, Serene Kurung in Steel Grey, Freya Kurung in Wheat, Sandria Kurung in Almond, dan Samara Kurung in Black.
Selain itu, Camden Kurung in Brick Orange, Camden Kurung in Soft Yellow, Calista Kurung in Black, Faith Kurung in Blush, Celeste Kurung in Dusty Teal, Francesca Kurung in Black dan Fayette Kurung in Mauve
Untuk mendapatkan koleksi RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection, sila layari http://www.RRbyRizmanRuzaini.com dan di kedai utama.





