32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Miss Universe Somalia Khadija Omar Buat Keputusan Buka Tudung

    Shopee Sale



    Miss Universe Somalia 2024, Khadija Omar mengejutkan orang ramai selepas membuat keputusan untuk tidak lagi tampil berhijab di khalayak umum.

    Keputusan sukar

    Menerusi perkongsian di Instagram, gadis berusia 24 tahun itu menjelaskan dan mengakui ia bukanlah pilihan yang mudah.

    Jelas Khadija, keputusan dibuat berdasarkan konflik dalaman yang dihadapi selama bertahun-tahun ketika cuba mengekalkan identiti muslimah sejati.

    Saya telah memilih untuk tidak lagi memakai tudung.

    Pilihan ini tidak datang dengan mudah, ia datang selepas bertahun-tahun mencuba yang terbaik, bergelut konflik dalaman dan menyimpan rasa yang mendalam tentang makna hijab

    Tetapi saya telah sampai di satu tahap di mana saya bersedia untuk menerima perubahan, berubah dan melakukan apa yang saya rasa benar kehidupan saya.

    Bertanggungjawab atas kehidupan sendiri

    Khadija yang juga sebelum ini merupakan wanita pertama berhijab di pentas Miss World dan Miss Universe turut menitipkan pesanan terhadap gadis asal Somalia.

    Perjalanan anda adalah milik anda sendiri. Cara anda memilih untuk berpakaian atau muncul di dunia adalah keputusan anda sepenuhnya dan bukan orang lain.

    Saya akan sentiasa mempertahankan hak awak untuk memilih sendiri.

    Imbas kembali, Khadija sebelum ini telah mencipta sejarah selepas menjadi satu-satunya peserta muslim pertama yang mengenakan hijab di pentas Miss World and Miss Universe.

    MENARIK:  Bella Astillah Muat Naik Video Menangis, Puteri Sarah Tanya ‘Awak Guna Eyemo Ke Air Mata Original?’

    Khadija berjaya menempatkan diri dalam kedudukan top 13 ketika pertandingan Miss World 2021.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Khadija Omar (@khadija.omarr)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah