34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Misha Omar Bangga Dengan Kemenangan Ernie Zakri Di Indonesia – ‘Semoga Jadi Penggerak Rakyat Seberang Dengar Lagu Artis Malaysia’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Misha Omar meluahkan rasa bangganya terhadap penyanyi, Ernie Zakri yang beroleh kejayaan di Anugerah SCTV 2024 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada malam Rabu.

    Bangga dengan Ernie

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Misha atau nama lengkapnya Samihah @ Aishah Omar menyifatkan Ernie sebagai duta baharu negara dipersada antarabangsa.

    Tambah Misha, bakat yang dimiliki Ernie juga besar dan berupaya untuk melangkah lebih jauh dalam industri nyanyian.

    Tahniah Ernie, kak Mitch (Misha Omar) bangga dengan awak. Hati saya tersenyum berbunga-bunga tengok gambar ini.

    Saya sangat gembira, akhirnya ada duta baru untuk industri muzik kita yang kecil comel orangnya tapi punya suara dan jiwa besar.

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ mendoakan Ernie untuk terus maju ke hadapan dan berharap agar kemenangan ini dapat menarik minat lebih ramai peminat di Indonesia untuk mendengar karya tempatan.

    Mudah-mudahan ini juga penggerak untuk mengajak pendengar dari seberang untuk dengar juga katalog muzik penyanyi-penyanyi negara kita yang lain.

    Semoga terus mengukir nama di persada muzik Malaysia dan Asia. I love you Ernie.

    Terdahulu, lagu nyanyian Ernie yang berjudul ‘Masing-Masing’ telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Sountrack Sinetron Paling Ngetop (OST) di Anugerah SCTV 2024.

    MENARIK:  Pinggang Ramping Ameera Khan Buat Ramai Cemburu

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah