29.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mimi Lana dan Syafiq Kyle Berdoa untuk Hubungan Baik – ‘Saya Akan Membuat Semua Permintaan Terwujud’

    Shopee Sale



    syafiq

    Meskipun hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, namun pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana sering dilihat bersama sejak kebelakangan ini.

    Doa yang terbaik

    syafiq

    Ketika ditemui Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abd Razak berkata dia masih menjalin hubungan yang baik bersama Mimi malah mempunyai projek lakonan bersama.

    Apa yang terjadi masing-masing dapat melihat. Untuk menilai pula terpulang juga kepada masing-masing.

    Alhamdulillah, kami masih berbaik dan berkawan tapi untuk berkata lebih saya tak berani. Selepas ini pun ada satu projek bersama, filem The Expert.

    Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Sheriff: Narko Integriti yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

    juga melihat kelibat Mimi yang turut hadir semasa tayangan filem tersebut.

    Dalam pada itu, aktor berusia 31 tahun ini memaklumkan bahawa dia baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.

    Kesempatan berada di Tanah Suci diambil oleh Syafiq dengan berdoa agar hubungannya dengan semua orang dapat dijaga dengan baik termasuk Mimi.

    Bila ada pengharapan di dalam hati, disulamkan dengan doa. Selepas balik dari sana (umrah), saya sentiasa berdoa. Doa yang terbaik, tapi untuk beri kata putus saya bukanlah orangnya.

    Antara salah satunya, saya doakan hubungan dengan semua, keluarga dan termasuk Mimi, Alhamdulillah.

    Kalau sayalah yang pegang ‘button’ makbul itu, mesti saya dah makbulkan. Tapi bukan saya pegang, sebab saya pun manusia. Saya boleh reda dan terima sahaja.

    Terdahulu, majlis pernikahan pasangan pelakon ini yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023 telah pun dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

    MENARIK:  [VIDEO] Syed Saddiq Suap Bella Astillah Mi Siput, Netizen Tak Jemu Tengok – ‘Kahwin Je La, Lenguh Dah Senyum’

    Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta selepas lima tahun menjalinkan hubungan namun hati mereka kembali bertaut setelah berkongsi foto majlis pertunangan di media sosial masing-masing sekitar Januari tahun lalu.

    " data-video-id="7358707841550617872" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Kita doakan yang baik-baik buat Syafiq Kyle dan Mimi Lana ???? # #sembangentertainment #syafiqkyle #mimilana

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah