32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mia Azahar Perjelas Punca Panggil Pembantu Rumah ‘Kepam’, Dakwa Tak Jaga Kebersihan – ‘Lap Peluh Dekat Muka Lepastu Pegang Anak Aku’

    Shopee Sale



    Mia Azahar

    Pempengaruh media sosial, Mia Azahar tampil memberi penjelasan behubung tindakan menggelar pembantu rumahnya dengan panggilan ‘kepam’ sehingga mengundang kecaman netizen.

    ‘Kepam’

    Mia Azahar

    Tiada niat mahu menghina fizikal, Mia mendakwa pembantu rumahnya itu tidak menjaga kebersihan diri.

    Malah, ada kejadian yang mana pembantu rumahnya mengesat peluh di muka dan kemudian terus memegang anaknya tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

    Ada sebab kenapa aku panggil dia kepam, bukan sebab dia gemuk. Aku pun tak ada langsung sentuh fasal fizikal dia, netizen jangan nak pusing cerita.

    Aku perasan dia kurang jaga kebersihan. Dia pernah lap peluh dekat muka kemudian dia pegang pula muka anak aku.

    Ada satu video dia korek hidung, kesat dekat baju dan kemudian tak basuh tangan dia terus angkat anak aku.

    Mia menjelaskan perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok milinya.

    Keselamatan anak

    Mia Azahar

    Tambah Mia, pembantu rumahnya itu juga didakwa leka dan tidak menjaga keselamatan anaknya dengan baik.

    MENARIK:  Pelakon Terkenal Didakwa Tak Bayar Sewa Selama Dua Tahun, Pemilik Geram Keadaan Rumah Kotor & Kena Tanggung Kerosakan

    Malah, dia turut meluahkan rasa kesal berhubung insiden anaknya dihempap rangka katil.

    Aku meluahkan rasa kesal sebab anak aku jatuh ketika di bawah jagaan dia. Waktu kejadian aku berada di luar negara dan aku lepas tengok di CCTV.

    Tahu pun lambat, kejadian berlaku siang, aku tahu malam. Aku kesal dia langsung tak maklumkan kepada aku. Malah ibu aku dalam rumah pun dia tak maklumkan kepada ibu.

    Anak aku jatuh terlentang, kepala dia terhempap atas simen. Anak aku baru setahun sembilan bulan, dia tidak tahu apa-apa. Bahaya pun dia tidak tahu.

    Dalam pada itu, Mia memberitahu dia sudah membuat aduan kepada ejen dan memaklumkan pembantu tersebut tidak lagi berada di rumahnya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah