Seorang individu meluahkan rasa berang terhadap seorang pelakon lelaki terkenal yang didakwa gagal melunaskan bayaran sewa rumah selama dua tahun.
Artikel Berkaitan: Ali Puteh Dakwa Stesen TV Masih Berhutang – ‘Tak Banyak Tapi Masih Belum Bayar Lagi, Setahun’
Pelakon hutang sewa rumah

Menerusi hantaran di Threads, pemilik rumah berkenaan mendakwa pelakon itu bukan sahaja culas membayar sewa, malah didakwa meninggalkan kediaman dalam keadaan kotor dan rosak teruk selepas tamat tempoh kontrak.
Dah dua tahun tak bayar sewa rumah boleh cakap kita terdesak. Pak cik ini buat kelakar ke? Dia ingat itu rumah kebajikan kot.
Pak cik ni pelakon filem dan drama terkenal. Ini belum aku dedahkan keadaan rumah aku yang melingkup lepas dia duduk dua tahun.
Aku bagi rumah baru untuk dia duduk tapi aku tak tahu dia buat apa sampai jahanam rumah aku. Kos baiki pun beribu aku keluarkan.
Dalam hantaran sama, pemilik rumah tersebut turut memuat naik tangkap layar mesej perbualan antara dia dan pelakon terbabit.
Menerusi mesej itu, pelakon berkenaan memberi alasan masih menunggu bayaran hasil lakonan sebelum dapat menjelaskan tunggakan sewa.
Sabar, tunggu. Pak cik pasti akan selesaikan. Kalau boleh nak selesaikan dengan segera. Pak cik menunggu bayaran.
Sepatutnya bayaran itu bulan ini tapi masih belum dapat lagi. Hari itu pak cik kena pindah dah keluar RM6,000, itu pun pinjam orang.
Pak cik tahu tanggungjawab pak cik, pak cik tak akan lari. Sabar sikit ya, beri masa sikit lagi.
Menurut pemilik rumah lagi, kontrak sewaan selama dua tahun itu berakhir pada Disember 2025 dan notis supaya mengosongkan rumah telah diberikan lebih awal iaitu sekitar September tahun sama.
Kontrak dua tahun dah tamat bulan 12/2025. Saya dah bagi notis keluar rumah dari bulan 9/2025.
Mula-mula kata okay, lepas itu bila masuk bulan 11 dan 12 mula pusing cerita, tak sempat cari rumah lain, nak sambung duduk lagi. Macam-macam alasan, rayu minta simpati siap cakap kita ni sombong.
Jenis tak bersyukur dapat tuan rumah yang terlalu baik, tapi bila kita terlalu baik memang akan dipijak-pijak dan ambil kesempatan. Dah keluar rumah pun tak tandatangan perjanjian keluar sebab tiada duit nak bayar.


Sumber: Threads
The post Pelakon Terkenal Didakwa Tak Bayar Sewa Selama Dua Tahun, Pemilik Geram Keadaan Rumah Kotor & Kena Tanggung Kerosakan first appeared on OHBULAN!.





