29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mell Sakura Selesa Dengan Imej Berhijab – ‘Saya Mualaf, Banyak Lagi Perlu Belajar’

    Shopee Sale

    Vokalis Sakura Band, Mell mengakui dirinya kini selesa memakai hijab selepas kira-kira dua tahun mengenakan imej itu.

    Artikel Berkaitan: Kak KM Dihujani Komen Positif, Akui Pernah Berniat Untuk Berhijab – ‘Perlahan-Lahan Saya Belajar & Berubah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyza Aznan Tampil Berhijab Di IG, Ruangan Komen Dihujani Pujian & Doa

    Semakin tenang 

    Ketika ditemui , Mell atau nama lengkapnya Melly Matius, 37, berkata, meskipun telah memakai hijab, namun dia masih tetap mendalami ilmu agama selepas bergelar mualaf pada tahun 2017.

    Saya bertudung hampir dua tahun dan sebagai mualaf banyak lagi yang perlu saya belajar.

    Dari segi persembahan pula, banyak juga yang perlu saya ubah. Kalau dulu saya boleh bagi 100 peratus bila di atas pentas, tapi sekarang hanya 80 peratus sahaja.

    Menurut Mell, memakai hijab menjadi mudah apabila dia dapat mengenakannya dengan pelbagai fesyen malah berasa lebih selesa.

    Sekarang saya hanya perlu cari tudung dan padankan dengan pakaian.

    Berbanding dengan dahulu, saya sangat suka warnakan rambut. Tapi semenjak berhijab saya rasa lagi senang, boleh terus pakai saja.

    Mell berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] MUA Bellaz Jemput Orang Kampung & Followers Ke Rumah Terbuka, Netizen Kagum – ‘Hebat Rezeki Allah Bagi’

    Pendorong berhijab

    View this post on Instagram

    A post shared by MELLSAKURA (@mellsakura)

    Bercerita lanjut, pelantun lagu Polariod itu berkongsi bahawa keluarga suaminya, Mohd Safwan Hasnan antara pendorong untuk dia menutup aurat.

    Pada awalnya saya hanya nak mencuba dan pakai apabila ada majlis tertentu sahaja. Kemudian saya rasa selesa dan teruskan berhijab.

    Mungkin kerana faktor persekitaran yang membantu saya untuk berubah. Apabila saya  tengok ahli keluarga (perempuan) sebelah suami semuanya berhijab, saya pun mahu nak cuba.

    Untuk info, Mell merupakan salah seorang peserta program nyanyian itu bersama-sama 12 orang peserta lain dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

    The post Mell Sakura Selesa Dengan Imej Berhijab – ‘Saya Mualaf, Banyak Lagi Perlu Belajar’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah