28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mek Yun Terkesan Kes Esha Jadi Mangsa Siber Buli, Pesan Influencer Pakai ‘Ilmu Kebal’ Tepis Komen Negatif

    Shopee Sale



    Mek Yun

    Pempengaruh dan pelakon Mek Yun akui terkesan dengan kes membabitkan seorang ‘influencer’ bernama Rajeswary Appahu atau Esha yang menjadi mangsa buli siber sehingga sanggup menamatkan nyawanya sendiri.

    Komen negatif buat demotivated

    Mek Yun

    Ketika ditemui Mek Yun memberitahu dia juga pernah menjadi mangsa buli siber sehingga terdetik untuk berhenti menjadi pempengaruh dan pencipta konten.

    Namun, dia tekad meneruskan pekerjaan tersebut dan mengambil pendekatan untuk mengabaikan komen negatif netizen.

    Sebagai seorang pempengaruh, saya juga terkesan dengan kes Esha. Apa yang saya boleh katakan kerja pempengaruh ini memang terdedah dengan komen-komen kurang baik. Saya juga pernah jadi mangsa body shaming, orang cakap fasal badan saya besar dan gemuk.

    Satu perkara tentang sosial media adalah kita tidak boleh kawal keyboard warriors. Setiap netizen ada pandangan berbeza yang mana mereka sesuka hati untuk bercakap apa sahaja.

    Sebagai pempengaruh dan pencipta konten, saya sendiri pernah terdetik nak berhenti buat konten apabila menerima komen negatif. Rasa demotivated sangat walaupun hanya satu atau dua komen.

    Namun selepas saya berfikir, berbaloi ke untuk berhenti disebabkan manusia-manusia yang bersembunyi di belakang skrin.

    Mek Yun berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Perang Nasi Dagang yang berlangsung di Stor Teater, Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  Keutamaan Kepada Golongan OKU: Lelaki Guna Konsep ‘Siapa Cepat Dia Dapat Naik Lif’ Untuk Memastikan 'Ada Anak Pilihan'

    Justeru, Mek Yun berpesan kepada pempengaruh di luar sana supaya menjadi ‘kebal’ dan tidak terkesan dengan komen kurang baik yang dilemparkan netizen di media sosial.

    Jadi pesanan saya untuk semua yang berkeinginan menjadi pencipta konten perlu bina penghadang yang mana apabila ada komen negatif tidak akan memberi kesan kepada diri.

    Kepada netizen juga, tolong jangan lemparkan kata-kata tidak baik yang boleh beri impak kepada pencipta konten. Fikir seeloknya sebelum meninggalkan komen.

    Sementara itu, Mek Yun turut berharap pihak berkuasa dapat menggubal dan mengetatkan undang-undang berkaitan gejala buli siber.

    Kes siber buli sangat serius sehingga ada kes meragut nyawa, memang tidak boleh ambil ringan. Saya harap pihak atasan mengetatkan lagi undang-undang agar perkara tidak diingini berlaku. Berikan hukuman setimpal.

    Selain Mek Yun, Perang Nasi Dagang turut dibintangi Nora Danish, Sabri Yunus, Issey, Aswad Jalil, Adrina dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah