Pempengaruh media sosial, Mek Yun tampil bersuara apabila terdapat segelintir masyarakat yang mempertikaikan ibadah korban semasa raya haji.
Artikel Berkaitan: Mek Yun Gembira, Sebak ‘Lepaskan’ Abe Wee
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun Cuba Puasa Penuh Dengan Keluarga, Netizen Doa Dapat Hidayah – ‘Tahniah, Semoga Allah Beri Hidayah’
Tanda pengorbanan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee dilihat menjelaskan ibadah korban yang dianggap kejam oleh segelintir masyarakat.
Ujarnya, ibadah korban melambangkan pengorbanan, keikhlasan dan semangat berkongsi rezeki.
Saya perasan ada segelintir orang yang susah nak terima atau mempertikaikan amalan korban masa raya haji.
Untuk orang Islam, sembelihan dibuat dengan penuh beradab ikut sunnah, bukan secara kejam.
Ini melambangkan pengorbanaan, keikhlasan dan semangat berkongsi rezeki.
Daging korban pun diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Hormati budaya masing-masing

Dalam pada itu, Mek Yun berharap agar kita dapat memahami dan menghormati setiap agama yang dianut.
Kita semua datang dari latar belakang dan kepercayaan yang berbeza.
Tapi dari situ kita belajar untuk faham dan hormat antara satu sama lain.
Sumber: Threads @mekyunn
The post Mek Yun Bantu Fahamkan Soal Ibadah Korban – ‘Sembelihan Bukan Secara Kejam’ first appeared on OHBULAN!.





